Oh! Negara
“Hampir 90% Tentera Di Johor Undi BN” – Dr Asyraf Wajdi Harap Momentum Sama Berlaku Di PRN Negeri Sembilan
Dr Asyraf Wajdi harap sokongan terus diberikan di PRN Negeri Sembilan.
Pada
Dr Asyraf Wajdi harap sokongan terus diberikan di PRN Negeri Sembilan.
Oleh
Menjelang proses pengundian bagi anggota keselamatan, satu perkongsian daripada Setiausaha Agung UMNO iaitu Dr Asyraf Wajdi Dusuki mencuri perhatian ramai.
Beliau menyentuh mengenai sokongan anggota tentera di PRN Johor terhadap Barisan Nasional (BN) baru-baru ini.

Menerusi perkongsian itu, Dr Asyraf mendakwa hampir 90 peratus anggota tentera di Johor mengundi BN.
Beliau berharap keyakinan yang sama diberikan kepada gabungan Dacing atau BN dan Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.
Selamat mengundi buat semua anggota keselamatan tentera dan polis. Di Johor hampir 90% tentera mengundi BN. Moga Allah berikan keyakinan untuk memangkah dacing (BN) dan PN di PRN Negeri Sembilan hari ini.
Tulis beliau lagi, saluran tentera hanya ada satu sahaja dan keputusan boleh dilihat daripada saluran tersebut. Namun katanya, undian secara individu tidak diketahui kerana ianya sulit.

Di ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan masyarakat mengenai gesaan pangkah gabungan dacing dan PN kali ini. Setakat ini, hantaran telah mendapat lebih 5,000 tanda suka dan 1,000 komen.
Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
Mohd Shuhaily jelaskan insiden video tular di KLIA ketika operasi sindiket ulat dan sedia menerima sebarang...
Bekas CEO UiTM Holdings, Azlizan Fadzil mengaku tidak bersalah atas pertuduhan pecah amanah RM37.37 juta berkaitan...
Intipati Berita Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 30 September 2026 memutuskan lima isu awal dalam saman...
Syed Saddiq luah rasa kehilangan selepas pemergian Tun Dr Siti Hasmah, kenang pertemuan terakhir penuh bermakna.
Nooryana Najwa memilih untuk belum memberitahu anaknya realiti sebenar mengenai Datuk Seri Najib Razak.