Trending
Ditegur Makan Tanpa Izin Di Kenduri ‘Client’, Jurugambar Tampil Mohon Maaf
Jurugambar nafi hantaran adalah ‘ragebait’, menegaskan ianya benar-benar berlaku.
Pada
Jurugambar nafi hantaran adalah ‘ragebait’, menegaskan ianya benar-benar berlaku.
Oleh
Seorang jurugambar tampil memohon maaf secara terbuka selepas mengakui mengambil makanan tanpa jemputan atau kebenaran ketika bertugas di sebuah majlis perkahwinan.
Menerusi perkongsian di Threads, individu menggunakan akaun akuhavoc_ berkata kejadian itu berlaku ketika dia bertugas di majlis perkahwinan Haziq dan Safia pada Ahad, 19 Julai lalu.
Menurutnya, perkara itu sudah diselesaikan dengan pihak client selepas dia membuat bayaran ganti rugi sebanyak RM500.

Dalam hantaran susulan, jurugambar itu turut berkongsi bukti resit dan pembayaran ganti rugi berjumlah RM500.


Menjelaskan kejadian, jurugambar itu berkata dia sudah terbiasa dengan keadaan di mana tuan rumah membenarkan jurugambar makan ketika bertugas.

Kali ini, dia mengakui kesilapannya kerana terlupa meminta izin terlebih dahulu. Jelasnya lagi, client tidak menetapkan jumlah bayaran tetapi dia sendiri mahu bayar RM500 supaya isu selesai dengan segera.
Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
Filem Kudrat 1968 yang baru-baru ini ditayangkan di pawagam mendapat sambutan luar biasa, khususnya daripada peminat...
Dalam apa jua jawatan atau kedudukan, setiap individu tetap tertakluk kepada undang-undang. Prestasi cemerlang dan jasa...
Fahmi Zainol nafi terbabit dalam kes keganasan rumah tangga terbaharu di Pulau Pinang. Ini penjelasan beliau...
Suara Siti Nurhaliza menyanyikan lagu Negaraku di MotoGP jadi perhatian. Netizen cadang beliau rakam semula lagu...
Bella Astillah kongsi perbualan lama bersama Syed Saddiq ketika masih belum bercinta. Kini, hubungan mereka sudah...