Connect with us

Oh! Media

Sentuh Sentimen Berbeza, Ini Sebab Kenapa Iklan Raya Sunway Wajib Ditonton!

Sunway Lestari Raya

Branded

Sentuh Sentimen Berbeza, Ini Sebab Kenapa Iklan Raya Sunway Wajib Ditonton!

Hai Selamat Hari Raya, 

Kami semua ucapkan, 

Menikmati hidangan,

Yang kami sediakan

Hampir seminggu dah kita menyambut Lebaran, so far macam mana sambutan hari Raya korang? Mesti best, lagi-lagi tahun ni banyak iklan Raya membanjiri media sosial, membuatkan sambutan Aidilfitri bertambah meriah!

Dalam banyak-banyak iklan Raya, korang suka yang mana? Kalau tanya kami, kami pun tak tahu nak pilih yang mana satu sebab semua iklan Raya mempunyai pendekatan dan mesej tersendiri yang ingin disampaikan. Paling penting, iklan Raya tahun ni semua kreatif dan lain daripada yang lain!

Contohnya, iklan Raya daripada Sunway yang bertajuk Lestari Raya. Fuhh, jujur kami cakap, ini antara iklan Raya yang bukan saja kreatif, malah sangat dekat dengan diri penonton. Senang cerita, semua orang boleh relate lah dengan iklan ni! 

Siapa dekat sini selalu pergi bazar Ramadan, kita geng! Mana taknya, semua makanan dan minuman yang disajikan sangat menyelerakan sampai rambang mata nak pilih yang mana satu betul tak? 

Namun, korang sedar tak, setiap makanan dan minuman yang korang beli semestinya dibungkus dengan bekas plastik pakai buang… Ermm, lepas tu?

Cuba korang bayangkan betapa banyaknya bekas plastik digunakan dalam satu hari di seluruh bazar di Malaysia? Belum kira lagi kedai-kedai yang menggunakan cara yang sama untuk membungkus makanan dan minuman tu aduihh…

Seperti yang korang tahu, bahan plastik ini sangat susah untuk dilupuskan dan memakan masa bertahun untuk reput dan lupus. Bukan itu saja, ia juga akan memberi kesan buruk terhadap alam sekitar kalau ia tidak dilupuskan dengan cara yang betul. 

Jadi, apa yang kita perlu buat dengan semua bekas plastik yang terpakai? Haa, kalau korang tengok iklan Raya Sunway ni, Abang Hero menunjukkan cara-cara untuk kitar semula plastik pakai buang secara selamat dan kreatif tau! Siap boleh buat hiasan rumah lagi! 

Kalau korang nak tahu bagaimanakah cara Abang Hero kitar semula semua plastik terpakai, korang wajib tonton video Raya Sunway, Lestari Raya ni sampai habis!

Memangkin Usaha Mengurangkan Sisa Plastik, Sunway Tampil Dengan Pelbagai Inisiatif!

Bersemangat seperti Abang Hero, Sunway memangkin 17 United Nations Sustainable Development Goals dalam usaha mengurangkan sisa plastik menerusi pelbagai inisiatif. 

Antaranya, Sunway Centre for Planetary Health di Sunway City Kuala Lumpur sedang berusaha untuk menangani cabaran kelestarian alam yang berlaku pada masa kini. 

Selain itu, untuk memupuk kesedaran tentang kepentingan menjaga alam sekitar, pelbagai kempen serta amalan Green Living telah dilaksanakan oleh pihak Sunway Education Group. 

Bukan itu saja, hotel-hotel di bawah Sunway REIT telah mula menggantikan plastik pakai buang kepada perlengkapan yang lebih mesra alam buat pengguna. 

Akhir sekali, setiap hiasan musim perayaan yang digunapakai oleh Sunway Malls merangkumi sekurang-kurangnya 30% bahan yang boleh dikitar semula sebagai satu usaha aktif untuk mengurangkan penggunaan plastik. 

Perghh, bagusnya! Sunway dah mula kurangkan plastik, korang bila lagi? Jadi, jom sambut Hari Raya tahun ni dengan lebih cermat dan kitar semula plastik pakai buang mengikut kreativiti korang! 

Selamat Hari Raya daripada Keluarga Sunway!

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas