Connect with us

Oh! Media

Sebak! Nabila Huda Akhirnya Bertemu Dan Berpelukan Dengan Amy Search Lepas Lama Tak Dilanda Konflik

Nabila Huda Amy Search

Trending

Sebak! Nabila Huda Akhirnya Bertemu Dan Berpelukan Dengan Amy Search Lepas Lama Tak Dilanda Konflik

Pelakon terkenal, Nabila Huda mencuri perhatian ramai apabila memuat naik video berpelukan dengan bapanya yang merupakan penyanyi rock legenda, Amy Search, di Threads baru-baru ini.

Ramai netizen meluahkan rasa sebak dan terharu, terutama apabila membaca kapsyen hantaran tersebut yang dikatakan menggambarkan hubungan mereka yang dilanda konflik sejak sekian lama.

“Kerinduan saya akhirnya terlerai” – Nabila Huda

View on Threads

Menjawab tentang video tersebut, Nabila atau lebih mesra dengan panggilan Abil, mengakui momen itu sangat berharga buat dirinya.

IKLAN

Pertemuan itu membuatkan kerinduan saya terlerai terhadap bapa sebab memang sudah lama tidak berjumpa. Ia sangat seronok dan saya dapat salam dan minta maaf raya kepadanya.

Namun, Abil mengakui bahawa segala konflik yang berlaku bukan mudah untuk diselesaikan.

Kalau nak cakap mengenai selesaikan masalah itu, saya pun tidak tahu. Saya hanya terima sahaja apa yang berlaku ini. 

Saya pun sudah penat dan terima apa sahaja yang berlaku. Ini cerita yang tidak ada penghujung.

Pertemuan berlaku ketika tayangan perdana filem baru

F2e55f63 c248 4ddc 9b91 bd76c9d75a6b

Abil berkongsi perkara itu semasa sidang media Filem Telaga Suriram, yang berlangsung di Dadi Cinema, Pavilion. 

Filem seram tersebut bakal menemui penonton bermula 1 Mei ini, dan turut dibintangi barisan pelakon hebat seperti Farid Kamil, Maya Karin, Ellie Suriaty, Scha Alyahya dan ramai lagi.

Dalam apa jua konflik keluarga, ruang untuk memaafkan itu tetap ada. Semoga kasih yang lama terputus, kembali bertaut dengan penuh keikhlasan.

Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas