Connect with us

Oh! Media

Rindu Tiada Penghujung, Anak Kongsi Bapa Beli Nasi Lemak Lupa Isteri Dah Tiada

Oh! Tidak

Rindu Tiada Penghujung, Anak Kongsi Bapa Beli Nasi Lemak Lupa Isteri Dah Tiada

Baru-baru ini seorang individu telah berkongsi mengenai kerinduan yang tiada penghujung bapanya, Mat Nasir akan isterinya yang baru sahaja meninggal dunia pada 16 Mei yang lalu.

ADVERTISEMENT

BACA: “Ayah Dah Tak Penat Dah” – Anak Ridzuan Hashim Luah Rasa Rindu, Tak Sempat Beli Skuter Permintaan Terakhir

Individu tersebut, Siti Nur Aqirah menceritakan bahawa bapanya pernah membeli nasi lemak di waktu pagi namun terlupa isterinya, Norlida Yaacob telah tiada.

Lupa isteri telah pergi

lupa
kredit: Harian Metro

Menurut laporan Harian Metro, Siti memaklumkan bapanya bukan seorang yang mudah mengalirkan air mata namun menjadi sebak kerana terlalu merindui isterinya.

Abah beli nasi dan mungkin dia terlupa yang cinta hatinya iaitu maa (ibu) sudah tiada. Abah lihat katil maa lama sangat, kemudian dia menangis.

Siti berkongsi ibunya menghidap pneumonia dan angin ahmar hingga membuatkan arwah tidak dapat berjalan. Walau bagaimanapun, bapanya tidak pernah meninggalkan wanita itu meskipun telah sakit selama tujuh tahun.

Sekarang kami tidak tinggalkan abah berseorangan dan abah nampak semakin baik, mungkin kerana anak dan cucu berada di sisinya. Abah juga melawat kubur maa setiap pagi.

Moga yang baik-baik sahaja kami doakan dan salam takziah juga kami ucapkan buat Siti sekeluarga.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas