Connect with us

Oh! Media

Penampilan Terbaru Aprena Manrose Tanpa Hijab Kecewakan Netizen

X   1

Trending

Penampilan Terbaru Aprena Manrose Tanpa Hijab Kecewakan Netizen

Baru-baru ini, satu video yang dimuat naik oleh pelakon Nadiyah Shahab di TikTok mencetuskan perbualan hangat dalam kalangan netizen. 

Video tersebut memaparkan Nadiyah bersama beberapa rakan selebriti, termasuk Aprena Manrose dan Nelydia Senrose, di lapangan terbang sebelum mereka berlepas ke Jakarta.

BACA: Tersebar Rakaman Aprena Manrose Kantoi Dah Buka Tudung Ketika Beriadah? 

IKLAN

Namun, apa yang benar-benar menarik perhatian ramai ialah penampilan terkini Aprena Manrose, yang dilihat tidak lagi mengenakan hijab.

Aprena Manrose dilihat tidak lagi berhijab

@nadiyahshahab

Off to Jakarta! 🩷

♬ Mantra – JENNIE

Dalam video tersebut, sepupu kepada pelakon terkenal Nelydia dan Uqasha Senrose itu hanya memakai topi dan hanya menampakkan rambut serta lehernya. 

Penampilan Aprena itu telah menjadi tumpuan kerana dia sebelum ini dikenali sebagai selebriti yang sudah berhijrah dengan menutup aurat sepenuhnya.

Netizen kecewa dengan perubahan

Aprena Manrose

Kalau korang tengok ruangan komen, kebanyakan netizen meluahkan rasa kecewa terhadap perubahan Aprena.

Kenapa dah buka tudung? Sayang sangat sebab dulu nampak cantik dan manis berhijab.

Ada juga yang mendoakan agar Aprena kembali istiqamah dengan keputusan berhijrah seperti dahulu.

Untuk info, adik kepada pelakon Oktovia Manrose ini mula berhijab pada Ramadan 2021. 

Keputusan tersebut mendapat pujian ramai ketika itu, dan dia dilihat istiqamah mengenakan hijab sehingga penampilan terbaharunya baru-baru ini menimbulkan tanda tanya.

#OhmediaNasihat

Perubahan dalam hidup seseorang adalah perjalanan peribadi yang tidak mudah. Kita tidak seharusnya menghukum, tetapi lebih baik mendoakan kebaikan untuk orang lain. 

Ingat, hidayah adalah milik Allah, dan ia boleh datang dan pergi. Sebagai masyarakat, marilah kita menjadi penyokong positif, bukannya menghakim.

X   1

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Tiktok


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas