
Trending
Penampilan Song Ji-Hyo Dalam Episod Terbaru Running Man Buat Ramai Tergamam
Dalam episod terbaru Running Man, penampilan Song Ji-hyo sekali lagi buat peminat tak senang duduk!
Dalam episod terbaru Running Man, penampilan Song Ji-hyo sekali lagi buat peminat tak senang duduk! Hanya mengenakan t-shirt ketat dan seluar jeans biasa.
Ramai netizen memuji bentuk badan Ji-hyo yang fit, ditambah pula dengan gaya yang sangat santai dan penuh keyakinan diri.
Dia ni memang body goals! Dah la lawa, confident pulak tu.
Keyakinan diri Song Ji-Hyo yang paling wow!

Walaupun ‘simple’ jer gayanya, karisma dan keyakinan diri Ji-hyo buatkan ramai terinspirasi. Malah, penampilan Ji-hyo yang tak terlalu seksi tapi cukup menyerlah secara natural menjadikan dia ikon kecantikan sebenar.
Dah lama dalam industri dan masih relevan

Meskipun sudah lama dalam dunia hiburan, Song Ji-hyo kekal sebagai antara selebriti wanita paling digemari. Bukan saja sebab wajah cantik dan bentuk badan menarik, tapi juga sikap rendah diri dan profesionalisme yang membuatkan dia terus jadi kesayangan ramai.
Pssttt! Keyakinan diri dan kesederhanaan adalah kunci kecantikan sejati. Tak perlu berlebihan, jadi jer diri sendiri dan yakin dengan siapa kita, itu dah cukup untuk buat orang kagum!
Kredit: X
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
