Trending
Pempengaruh Nashkay Dakwa Suami 64 Tahun Berlaku Curang Dengan Wanita Lain Dan Raba Adik, Ini Respon Kelana Shamsudin!
Kecoh di media sosial baru-baru ini apabila personaliti media sosial, Siti Nur Nashrah atau lebih dikenali sebagai Nashkay membuat pendedahan mengejutkan mengenai kemelut rumah tangganya.
Menerusi perkongsiannya, Nashkay mendakwa suaminya, Kelana Shamsudin yang berusia 64 tahun telah berlaku curang dengan wanita lain.
Nashkay tuduh suami raba adik

Lebih mengejutkan, dia turut menuduh suaminya meraba adiknya yang ketika itu berusia 11 tahun.
Dakwaan tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen, yang rata-ratanya terkejut dengan pendedahan berani Nashkay.
Kelana Shamsudin tampil beri amaran!
Tidak berdiam diri, Kelana tampil memberi respon menerusi satu video di TikToknya yang meminta agar isu ini dibincangkan secara peribadi dan tidak diperbesarkan di media sosial.
Walaupun saya salah, kita boleh bincang. Kalau awak masih panjangkan lagi, saya tak teragak-agak untuk ambil tindakan.
Selain itu, Kelana juga memberi amaran akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang merakam dirinya bersama wanita lain di sebuah hospital.
Dia turut menasihati orang ramai agar tidak mencampuri urusan peribadinya.
#OhmediaNasihat
Dalam konflik rumah tangga, sebaiknya perkara dibincangkan secara matang tanpa perlu mengheret media sosial. Jika ada isu serius, rujuk pihak berkuasa atau kaunselor untuk mencari jalan penyelesaian terbaik.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Tiktok Kelana Shamsudin
Amyrul Bakhtiar Kongsi Kisah Hidup Sebelum Viral Dan Lagu Raja Gelek Perodua | Oh! Podcast Ep26
OH! MEDIA 24/04/2026 7:45 PM