Connect with us

Trending

Pandu Sendiri Lori Hantar Bantuan Air, Orang Kedah Puji Muhammad Sanusi

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor sekali lagi meraih perhatian ramai apabila dilihat memandu sendiri lori menghantar bantuan air kepada rakyat yang terjejas.

BACA: “Selangor Tebang Kayu Di Mana, Wilayah Persekutuan Ada Hutan Di Mana?”, MB Kedah

IKLAN

Perkongsian video di laman Facebook Halaman Pas Kawasan Pendang memaparkan beliau memandu melalui jalan sempit ke kawasan kampung. Menerusi perkongsian gambar pula, beliau dilihat membantu penduduk mengisi air dari tangki di atas lori yang dibawanya.

Meninjau ke ruangan komen, ramai rakyat Kedah memuji kepimpinan Menteri Besar itu yang berjiwa rakyat. Ada yang berseloroh menyifatkan Muhammad Sanusi serba boleh di mana dia pernah memandu jentolak, bot dan kenderaan 4×4.

muhammad sanusi
muhammad sanusi

Sementara itu, MB Kedah menerusi satu hantaran menyatakan rasa simpati dengan masalah air dihadapi rakyat.

Katanya, SADA melalui Pengurusan Wilayah Kedah Timur dan Ibu Pejabat sedang usahakan penyelesaian.

Kredit: FB Halaman Pas Kawasan Pendang | Muhammad Sanusi

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Editor-In-Chief. Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Trending

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas