Connect with us
bayi

Trending

Bayi 8 Bulan Maut Akibat Perbuatan Tidak Berperikemanusiaan Pengasuh Taska

Dilaporkan seorang bayi berusia 8 bulan meninggal dunia di taman asuhan kanak-kanak akibat perbuatan tidak berperikemanusiaan pengasuh taska itu.

Bapa kepada bayi, Mohd Fikry Amri mengatakan waktu kejadian itu dapat dilihat melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di pusat jagaan bersama pihak polis.

IKLAN

Dia bedung anak saya, sumbat botol susu, tutup dengan kain dan ditekup dengan bantal.

Sebab benda ini tak patut berlaku, selama ini saya ingat taska itu ada lesen sebab dah beroperasi empat tahun, bila siasat dengan polis rupanya tak ada lesen itu yang agak terkilan.

bulan

Dikatakan isterinya, Sabrina Hakiem menghantar arwah dalam keadaan sihat pada jam 7 pagi sebelum menerima panggilan daripada pihak taska pada jam 9 pagi yang memaklumkan bayi lelakinya dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Justeru itu, Sabrina terpaksa membawa anaknya yang tidak sedarkan diri ke hospital dengan keadaan mulut berdarah dan muka biru.

Untuk pengetahuan korang, pasangan suami isteri ini telah menunggu selama 13 tahun untuk mendapat zuriat pertama, namun tidak menyangka nyawa anak tunggalnya diragut dalam keadaan tragis.

Jenazah bayi itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kelemak selepas selesai proses bedah siasat malam ini.

bayi

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Sinar Harian

Selain menulis, Nizar juga merupakan seorang pelakon & pengacara. Beliau juga sebahagian dari team yang menjalankan media sosial bagi penjenamaan Oh! Media ini.

Lagi dalam kategori Trending

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas