Connect with us
rogol

Oh! Tidak

Remaja Mati Dibunuh Dan Dirogol Bergilir-Gilir, Suspek Sempat Hadiri Majlis Tahlil

Di Indonesia, seorang pelajar berusia 13 tahun ditemui maut dengan kesan jerut di leher dan lebam di seluruh badan.

Sebelum dibunuh, mangsa yang dikenali sebagai AA turut dirogol secara bergilir-gilir oleh empat suspek. Tiga daripada suspek merupakan kanak-kanak berusia 12 dan 13 tahun.

IKLAN
bunuh

Memetik sumber, kejadian tragis itu berlaku selepas salah seorang suspek bernama IS, 16, yang juga merupakan teman lelaki mangsa mengajak mangsa untuk menonton pertunjukan kuda kepang.

Suspek kemudiannya membawa mangsa ke satu kawasan sebelum menekup mulut mangsa dan rupa-rupanya tiga suspek yang lain telah menunggu di lokasi berkenaan.

Ketika mangsa tidak sedarkan diri, mangsa telah dirogol secara bergilir-gilir. Suspek kemudian membawa mangsa ke satu lokasi yang lain untuk dibuang.

rogol

Lokasi penemuan mayat itu kira-kira 30 minit daripada lokasi sebenar pembunuhan. Lebih mengejutkan apabila suspek sekali lagi merogol mangsa bergilir-gilir sebelum meninggalkan mayat di situ.

Ketua Polis Palembang, Kombes Harryo Sugihhartono mengatakan salah seorang suspek yang merupakan teman lelaki mangsa sempat menghadiri majlis tahlil supaya keluarga mangsa tidak berasa curiga.

Sementara itu, tiga suspek yang lain datang ke lokasi penemuan mayat dan ikut berkerumun kononnya tidak tahu apa yang menimpa mangsa.

Tiga pelaku ikut berkerumun lokasi ketika mayat ditemui orang ramai. Selepas pihak polis tiba, ketiga-tiga mereka terus melarikan diri.

Difahamkan, suspek utama kes pembunuhan ini ketagih filem dewasa dan pihak polis menemukan banyak koleksi video lucah di dalam telefon bimbitnya.

rogol

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Detik.com | Tribun News


Editor-In-Chief. Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas