Connect with us

Oh! Media

Ini Kata-Kata Keluarga Mangsa Tanah Jerlus Di Masjid India Terhadap Kerajaan Malaysia Sebelum Berangkat Pulang

Ohmedia img 0184

Trending

Ini Kata-Kata Keluarga Mangsa Tanah Jerlus Di Masjid India Terhadap Kerajaan Malaysia Sebelum Berangkat Pulang

Kecoh di media sosial mengenai seorang wanita warga India yang terjatuh ke dalam lubang benam di sekitar Masjid India baru-baru ini.

BACAWanita Jatuh Dalam Lubang Benam Dipercayai Dihanyutkan Arus Deras Di Bawah Tanah

Menurut laporan Astro Awani, ucapan terima kasih dibuat keluarga mangsa tanah jerlus kepada kerajaan Malaysia dan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) yang bertungkus lumus menjejaki wanita itu.

IKLAN

Kami sekeluarga berterima kasih kepada kerajaan Malaysia dan pasukan penyelamat yang bertungkus lumus dengan sepenuh hati terlibat dalam operasi pencarian.

Ucapan itu dibuat suami mangsa, Mathavan dan anak lelakinya, M Suria kepada kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ketika dihantar pulang ke KLIA untuk berlepas ke India pada 1 September lepas.

Keluarga mangsa berpuas hati dengan SAR serta langkah-langkah pantas yang diambil kerajaan Malaysia dan perkara ini dikatakan sendiri Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif.

Mereka berada di lokasi sepanjang SAR dan memantau secara dekat semua pergerakan petugas. Malah mereka juga diberi penerangan mengenai setiap pergerakan dan tindakan kerajaan.

Bukan tu jer, ahli keluarga mangsa juga telah menerima sumbangan ihsan RM30,000 daripada pihak DBKL.

Ohmedia img 0184

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Astro Awani 


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas