Connect with us

Oh! Media

“Sebagai Seorang Ibu..” – Ada ‘Back Up’ Abang Bas Bagi Alasan Anak Saudara, Diana Danielle Tampil Bersuara

Ohmedia diana Danielle

Trending

“Sebagai Seorang Ibu..” – Ada ‘Back Up’ Abang Bas Bagi Alasan Anak Saudara, Diana Danielle Tampil Bersuara

Seorang pemandu bas sekolah yang menjadikan murid-murid sebagai content TikTok telah ditahan pihak polis kira-kira jam 2.57 pagi tadi di Simpang Renggam, Johor Bahru.

Tangkapan terhadap suspek dibuat Polis Kontinjen Johor selepas pihaknya menerima laporan polis. Difahamkan, suspek berusia 24 tahun merakam video penumpang bas murid sekolah rendah dan melabel mereka sebagai ‘crush’ atau ‘kesayangan’.

Abang Bas

Namun, ada segelintir netizen mempertahankan ‘abang’ bas berkenaan berkata, itu hanyalah content semata-mata. Malah, budak di dalam video didakwa anak saudaranya sendiri.

IKLAN
Abang Bas 1
Bas

Turut bersuara berkenaan isu ini adalah selebriti popular, Diana Danielle yang berpuas hati dengan tindakan PDRM menahan pemandu bas.

Katanya, walaupun pemandu bas mengaku murid adalah anak saudaranya sendiri tetapi sebenarnya dalam kalangan ahli keluarga ada yang tidak boleh dipercayai.

Malah, kanak-kanak tidak sepatutnya dijadikan objek seksual hanya untuk content. Menurut Diana lagi, pemandu bas dalam satu sesi live mendakwa ibu bapa kanak-kanak tahu mengenai video yang dirakam dan okey.

Kalau betul ibu bapa anak-anak ni tak kisah pun, undang-undang masih ada. Undang-undang untuk melindungi anak-anak ini jika ibu bapa sendiri tidak peka, tidak faham atau memang tidak kisah.

Kata Diana lagi, pemandu bas itu sendiri merakam content yang menjurus ke arah gangguan seksual dan tiada sesiapa boleh memberi kebenaran termasuklah ibu bapa anak-anak terbabit.

Ohmedia diana Danielle

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Instagram Diana Danielle


📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas