Connect with us

Oh! Media

video

Trending

Bekas Kekasih Sebar Video Lucah Anak Vokalis Popular, Rupanya Mangsa Tak Tahu Diri Dirakam

Baru-baru ini, kecoh diperkatakan di Indonesia mengenai penyebaran video lucah dipercayai anak perempuan kepada vokalis kumpulan Naif, David Bayu iaitu Audrey Davis.

Dalam laporan terkini, suspek yang merupakan bekas kekasih kepada mangsa sudah ditangkap polis untuk siasatan lanjut.

IKLAN
audrey davis

Suspek mengaku video yang tersebar adalah hubungan badan yang dilakukan ketika mereka masih bercinta. Namun, rakaman itu dibuat secara senyap-senyap tanpa pengetahuan mangsa.

Pada awalnya, si kekasih hanya menyimpan untuk koleksi peribadi tetapi berang apabila Audrey meminta putus.

Suspek ada memujuk untuk kembali bersama Audrey namun ajakannya telah ditolak menyebabkan suspek mengugut mahu menyebarkan video itu.

audrey davis

Meskipun diugut, mangsa nekad untuk berpisah menyebabkan suspek memuat naik video berdurasi 4 minit 26 saat itu di aplikasi X.

Video tersebut dimuat naik pada 27 Jun 2024 dengan kapsyen “Miss AD Viral”. Perbuatan suspek menyebabkan akaun Instagram mangsa hilang secara mendadak.

Hasil siasatan di rumah suspek, polis telah menemukan lima lagi rakaman video lucah dengan mangsa.

video

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Beritasatu | TribunNews


Lagi dalam kategori Trending

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas