Connect with us

Oh! Media

nikah

Trending

Pasangan Viral Bawa Bayi 11 Bulan Tak Larikan Diri Tapi Pergi Isi Borang Nikah

Tak angkat panggilan terus kata mereka larikan diri. Kesian pula dekat pasangan viral dengan bayi 11 bulan ni sebab jadi sasaran netizen ketika ini.

Sebelum ini, Ohmedia juga ada kongsikan artikel tentang mereka selepas timbul dakwaan mengatakan mereka telah menghilangkan diri.

IKLAN

BACA: Pasangan Bawa Bayi 11 Bulan Guna Alat Pernafasan Sudah Hilangkan Diri 

Pengerusi Qariah Masjid Al Maarufi Seberang Kota, Muhammad Hazamer Mualim bagaimanapun mengesahkan lelaki berusia 36 tahun itu telah hadir ke pejabatnya pada jam 3 petang tadi.

Kehadiran itu adalah untuk menyerahkan dokumen lengkap untuk mengisi borang pernikahan bersama pasangannya berusia 35 tahun.

Saya turut membantu dia mengisi borang kahwin dan menasihatkannya supaya mengikut tatacara perkahwinan termasuk pemeriksaan HIV dan sebagainya.

Dia akan segera menghantar borang pernikahan ini di Pejabat Agama Daerah Kota Setar.

Apabila selesai semua urusan itu dan mereka mengikut panduan semua lengkap, urusan pernikahan akan dilakukan segera.

Jadi, diharapkan semuanya jelas dan kita doakan sahaja agar urusan mereka dipermudahkanNya.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Trending

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas