Connect with us

Oh! Media

“Selangor Tebang Kayu Di Mana, Wilayah Persekutuan Ada Hutan Di Mana?”, MB Kedah

balak

Trending

“Selangor Tebang Kayu Di Mana, Wilayah Persekutuan Ada Hutan Di Mana?”, MB Kedah

Tiap kali negara menimpa musibah seperti banjir, sudah tentu rakyat akan menyalahkan pihak kerajaan yang gagal memastikan banjir besar berlaku. Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bagaimanapun berpendapat aktiviti pembalakan yang dianggap sebagai punca utama berlakunya banjir adalah tidak tepat.

ADVERTISEMENT

Ini kerana ada banyak faktor lain yang boleh menyebabkan bencana ini berlaku. Jika bercakap soal aktiviti pembalakan pula, fakta sebenar perlu dirujuk kepada Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia atau Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Persepsi aktivi pembalakan punca utama banjir besar tidak tepat

Kalau betul betul pembalakan menyebabkan banjir besar, di Selangor banjir besar tak ada pembalakan. Wilayah Persekutuan tak ada pembalakan pasal apa ada banjir? Selangor tebang kayu di mana, Wilayah Persekutuan ada hutan di mana?

Jadi tuduhan banjir berpunca daripada pembalakan sebenarnya bukan 100 peratus betul. Sama di Kedah semua banjir orang tuduh balak, macam berlaku di Titi Hayun, Yan, satu negara tuduh ada pembalakan di Gunung Jerai.

Kita ada fakta Jabatan Mateorologi Malaysia (MetMalaysia) mendapati hujan dalam masa satu setengah bulan turun dalam masa enam jam maka air melimpah, pokok hanyut, batu besar hanyut. Sama di Selangor, hujan begitu banyak dalam masa singkat jadilah banjir, jadi jangan semua banjir pasal balak.

Sebelum ini ada gambar menunjukkan sampah-sampah kayu sangkut dan naik ke rumah orang. Sanusi yang melakukan tinjauan melihat ia bukanlah kayu balas sepertu yang diperkatakan. Ia hanya kayu pokok biasa dan tidak sesuai dijadikan balak.

Tuduhan kata ada pembalakan, apabila kita tak jawab orang akan percaya, ini masalah netizen yang bercakap kutip fakta tepi longkang dan kata benda itu betul sedangkan sebenarnya tidak. Mereka sepatutnya kena ambil maklumat daripada pihak yang berkuasa.

Bagaimanapun, diharapkan ada sesuatu dilakukan pemerintah untuk memastikan masalah banjir besar ini tidak berlaku lagi pada masa depan.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas