Oh! Artis
“Berehat Kejap Tunggu Maghrib” – PU Riz Sedih Kena Jerkah Sebab Baring Dalam Masjid
Pendakwah bebas, Haris Ismail meluahkan rasa terkejut apabila dijerkah penyelia masjid hanya kerana baring untuk berehat sementara menunggu waktu solat seterusnya.
Dalam satu hantaran di Instagram, PU Riz berkata, pak cik itu mengeluarkan suara yang kuat memberi amaran supaya tidak tidur di dalam masjid.
Berehat sementara tunggu Maghrib
Suami kepada selebriti Neelofa ini berpendapat penyelia masjid tidak sepatutnya meletakkan peraturan begitu kerana jemaah hanya berehat sebentar bukannya tidur semalaman.
Kata Nabi: Menunggu waktu solat tu adalah dituntut dalam ugama dan juga iktikaf. Buat apa la kita buat masjid tapi tak bagi orang duduk sekejap.
Difahamkan, kejadian ini berlaku ketika PU Riz menunggu waktu Maghrib di sebuah masjid. Sebelum ini, PU Riz tidak berkesempatan solat Maghrib di masjid kerana kesesakan trafik dan sebagainya.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Instagram Haris Ismail
Ingat Oppa Sweet Macam Dalam K-Drama? Aisyah Bongkar Realiti Sebenar Di Korea! | Oh! Podcast Ep 18
OH! MEDIA 29/10/2025 3:17 PM