Connect with us

Oh! Media

Tular Video Tayang Dadah Ketika Live, Dua Gadis Bangga Tunjuk ‘Dapur’ Disiasat Polis

ohmedia hafizal thumbnail om article 713 × 401px

Oh! Tidak

Tular Video Tayang Dadah Ketika Live, Dua Gadis Bangga Tunjuk ‘Dapur’ Disiasat Polis

Tular di media sosial beberapa individu, termasuk dua gadis muda, dengan selamba menayangkan sesuatu dipercayai dadah dan alat ‘dapur’ ketika sesi siaran langsung.

Dalam video tersebut, salah seorang gadis menunjukkan plastik kecil lutsinar yang disyaki mengandungi bahan terlarang sambil dengan bangga berkata dia mempunyai dua ‘serbuk’.

Seorang lelaki pula menyahut, “Awak ada kampit (berisi serbuk), saya ada dapur.” Kedua-dua gadis itu kemudian bergelak ketawa, dan salah seorang daripada mereka menambah, “Aku nak batu.”

IKLAN

Seorang lelaki lain dalam sesi live itu membuka akses kameranya dan menunjukkan sesuatu yang dipercayai alat ‘dapur’ yang digunakan untuk dadah jenis syabu.

Warganet yang menonton live tersebut segera memahami maksud tersirat, di mana istilah ‘batu’ merujuk kepada dadah jenis syabu.

Batu atau ais adalah istilah lain untuk dadah jenis syabu…

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Datuk Seri Khaw Kok Chin, mengesahkan bahawa pihak polis sedang meneliti rakaman tersebut dan telah memulakan siasatan.

Salah seorang individu yang dipercayai terbabit dalam video itu sudah membuat laporan polis di Melaka. Polis juga akan memanggil individu lain yang terlibat untuk membantu siasatan.

ohmedia hafizal thumbnail om article 713 × 401px

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Harian Metro


OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas