Connect with us

Oh! Tidak

Setahun Hilang Tanpa Jejak, Isteri Terkejut Rupanya Suami Sibuk Berfoya Di Kelab Malam

Siapa sangka setengah mati mencari suami yang hilang tanpa jejak sejak setahun lalu berakhir dengan duka?

Di Indonesia, tular seorang isteri yang dikenali sebagai Aprilia Majid meluahkan kisah suami hilang sejak 4 Mei tahun lalu ketika mengikuti pengajian agama Ustaz Hilman Fauzi.

IKLAN

Difahamkan mereka dikurniakan 2 cahaya mata setelah berkahwin selama 2 tahun menyatakan sangat bahagia ketika hidup berumah tangga

Risau dengan suami, Aprilia bersama keluarga mentuanya telah membuat laporan polis dan melakukan pelbagai usaha untuk mencari suaminya.

Nikah muda di usia 22 tahun… Pernikahan kami sangat bahagia.

Katanya, dia dan dua anaknya tidak putus berdoa dan berharap agar si suami kembali ke pangkuan mereka.

Cuba sibukkan diri, rupanya selama ini suami di kelab malam

2 bulan setelah kisahnya viral, keberadaan suami, Muhammad Zhacky atau Eky telah dikesan.

Rupanya dia sedang sibuk berfoya-foya dengan wanita lain di sebuah kelab malam selain daripada mabuk.

Misteri kehilangan selama setahun akhirnya terjawab.

Kami temukan Eky, tapi maaf tidak sesuai dengan harapan isteri.

Difahamkan Eky pernah menghubungi kakak kandungnya menerusi Instagram dan menyatakan dia akan pulang namun janji itu dimungkiri.

Hasil carian mendapati, sebab dia tidak dapat dikesan kerana sering bertukar alamat dan juga identiti.

Allahu… Kalau dah tak nak hidup dengan si isteri, berilah kata putus. Bukannya hilang tanpa jejak. Apapun, semoga Aprilia tabah hadapi ujian ini.

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Instagram | Aplikasi X


Penulis separuh masa Oh! Media berkaitan isu trending dan hangat.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas