
Trending
NGO Konon Kutip Derma Bantu Rakyat Syria Kantoi Seleweng Dana Sebanyak RM26 Juta!
RM26 juta dana sumbangan dilesapkan oleh NGO untuk beli emas, rumah dan kripto!
Kegiatan licik sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menyeleweng dana sumbangan orang ramai akhirnya terbongkar apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan lima individu utama termasuk pengerusi, setiausaha, bendahari dan pegawai kewangan pertubuhan berkenaan.
Menurut laporan Harian Metro, mereka didakwa memindahkan dana NGO ke akaun peribadi, bukan sahaja untuk pembelian barang kemas, kereta mewah, tanah, rumah, malah turut terlibat dalam pelaburan mata wang kripto.
Duit bina telaga untuk Syria pun ‘disapu’?
Lebih menyedihkan, wang lebihan dari projek pembinaan telaga untuk misi kemanusiaan di Syria turut digelapkan dan digunakan untuk kepentingan peribadi!
Modus operandi hampir sama seperti kes Aman Palestin… dana disalah guna untuk pinjaman kakitangan, pembelian aset dan akaun kripto.
RM8 juta aset dirampas, akaun dibekukan
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, mengesahkan bahawa SPRM telah menyita pelbagai aset berjumlah lebih RM8 juta, termasuk:
- Wang tunai melebihi RM1 juta
- Barang kemas bernilai RM100,00
- Akaun mata wang kripto bernilai RM650,000
- 4 unit rumah dengan nilai lebih RM1.4 juta
- Dan 14 akaun bank melibatkan hampir RM5 juta turut dibekukan
NGO sudah lama menipu, sejak 2015 lagi!
Difahamkan, kegiatan ini telah berjalan sejak tahun 2015. Serbuan besar-besaran dilakukan di Selangor, Melaka dan Pulau Pinang dalam Operasi Serantau yang digerakkan SPRM Selangor.
Kes kini disiasat di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan atas kesalahan pecah amanah oleh penjawat awam atau ejen.
Pssttt! Jangan sesekali ambil ringan bila menyumbang. Selidik latar belakang NGO terlebih dahulu. Niat kita untuk bantu, bukan jadi mangsa penipuan bertopengkan amal.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
