Trending
Haroqs Didakwa Terima Ugutan, Kerajaan Pantau Keselamatan Keluarga
Aktivis Malaysia Haroqs didakwa menerima ugutan Mossad Commentary.
Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) mengesahkan aktivis rakyat Malaysia, Muhammad Hareez Adzrami atau lebih dikenali sebagai Haroqs, menerima ugutan daripada proksi media Israel dikenali sebagai Mossad Commentary.
Menurut laporan Kosmo, perkara itu telah dimaklumkan kepada kerajaan termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perkara ini dikatakan sendiri Ketua Pengarah SNCC, Datuk Sani Araby Abdul Alim Araby.
Kerajaan pantau keselamatan Haroqs dan keluarga

Menurut beliau, kerajaan sudah mengambil langkah susulan bagi memastikan keselamatan Haroqs serta ahli keluarganya terus dipantau.
Kebimbangan itu bukan sahaja terhadap keselamatan Haroqs di luar negara, malah ibunya yang berada di Malaysia.
Tambahnya lagi, Perdana Menteri turut memberi jaminan bahawa Malaysia akan mendapatkan bantuan Turkiye bagi memantau situasi tersebut.
Dakwaan penderaan fizikal masih belum disahkan

Dalam sidang media sama, Sani Araby berkata pihaknya belum dapat mengesahkan sama ada Haroqs mengalami kecederaan serius ketika ditahan tentera Israel baru-baru ini.
Kami hanya dimaklumkan keadaan Haroqs ketika ini stabil, namun belum dapat disahkan tahap kesihatannya sehingga pemeriksaan lanjut dilakukan di Turkiye.
Beliau turut memaklumkan terdapat maklumat awal berkaitan dakwaan penderaan fizikal termasuk insiden dipukul dan mengalami sesak nafas melibatkan beberapa peserta misi.
Namun, semua dakwaan itu hanya boleh disahkan selepas pemeriksaan klinikal dilakukan.
SNCC turut mengesahkan ahli keluarga Haroqs telah dimaklumkan mengenai ancaman yang diterima dan tindakan berkaitan keselamatan juga telah dibuat.
Pssttt! Dalam situasi konflik dan misi kemanusiaan, keselamatan semua pihak perlu diutamakan. Semoga segala urusan dipermudahkan dan kebenaran dapat disahkan dengan adil.
Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.