Trending
“Kalau Nak Menyalak, Silakan” – Aisha Retno Bersuara Mengenai Hantaran ‘Panas’ Di Threads!
Aisha Retno tampil respon isu panas di Threads.
Penyanyi muda popular, Aisha Retno akhirnya tampil memberikan respon mengenai satu hantaran panas di platform Threads yang didakwa mempunyai kaitan dengannya.
Menurut laporan Oh Bulan, Aisha atau nama sebenarnya Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam memilih untuk tidak terlalu melatah dan menganggap isu tersebut sebagai satu ujian daripada Allah SWT.
Saya anggap ini seperti jentikan daripada Allah sebab Allah itu adil.
Kadang-kadang Allah nak bagi rezeki, lepas tu tiba-tiba Allah jentik sikit nak tengok macam mana kita respon.
“Kalau nak menyalak, silakan” – Aisha Retno

Aisha turut menegaskan bahawa individu terbabit tidak menyebut namanya secara langsung.
Namun, Aisha mengakui dia tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang jika keadaan menjadi semakin melampau.
Mahkamah adalah jawapan yang terakhir kalau ia masih berpanjangan.
Jadi, kalau nak menyalak, silakan. Tidak mengapa. Yang penting, dia tidak menyebut nama saya.
Fokus pada kerjaya, bukan drama media sosial

Dalam masa sama, Aisha memaklumkan dia kini mahu memberi sepenuh perhatian terhadap komitmen seninya yang semakin sibuk.
Antara fokus terbaharunya termasuk persiapan untuk Anugerah Juara Lagu, projek Puteri Gunung Ledang, persembahan Pesta Pora serta perancangan mengeluarkan album baharu.
Saya hanya akan teruskan kehidupan sahaja. Banyak lagi benda yang kena fokus.
Sebelum ini ada seorang individu dipercayai membuat beberapa hantaran di Threads berkaitan tuntutan hutang tertunggak.
Susulan itu, netizen mula mengaitkan nama Aisha selepas mendakwa mereka pernah bekerjasama sebelum ini.
Namun setakat ini, tiada nama disebut secara jelas dalam hantaran tersebut.
Pssttt! Dalam dunia media sosial, tidak semua perkara perlu dibalas dengan emosi. Kadang-kadang diam dan fokus pada diri sendiri adalah jawapan terbaik.
Kredit: Oh Bulan
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.