Trending
Nahas Trak FRU, Lori Bawa Muatan Salah Dan Terlebih MuatanĀ
Lori bawa batu kerikil lebih muatan jadi punca kemalangan dengan trak FRU di Teluk Intan.
Kemalangan tragis membabitkan lori tipper dan trak Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di Jalan Chikus-Sungai Lampam, Teluk Intan bulan lalu akhirnya terjawab apabila Laporan Awal Pasukan Petugas Khas mendedahkan muatan salah dan berlebihan jadi punca utama.
Menurut laporanĀ Harian Metro, Lori terbabit dikesan membawa batu kerikil, sedangkan ia hanya diluluskan untuk mengangkut arang batu. Tambahan pula, tinggi pagar sisi tidak menepati spesifikasi, melanggar syarat di bawah Kaedah 9A, Kaedah-Kaedah Kenderaan Bermotor (Pembinaan & Penggunaan) 1959.
Berat muatan melebihi 70% had dibenarkan!

Lagi mengejutkan, berat lori tersebut direkodkan mencecah 40,960 kg, iaitu 70.67% lebih daripada had yang dibenarkan iaitu 24,000 kg.
Berat berlebihan ini menjadikan impak pelanggaran sangat tinggi, dengan tenaga kinetik hampir dua kali ganda daripada lori biasa.
Sebagai perbandingan:
- Lori BDM 24,000 kg @ 30 km/j = 833 kJ
- Lori BDM 40,960 kg @ 30 km/j = 1,422 kJ
Tenaga berlebihan ini bukan sahaja menyumbang kepada kerosakan lebih parah, malah meningkatkan risiko kecederaan serius atau maut dalam sebarang kemalangan.
Pelanggaran undang-undang jalan raya

Lori terbabit disahkan telah melanggar:
- Seksyen 57(1)(b)(iii) – Bawa muatan selain dibenarkan
- Seksyen 57(1)(b)(vi) ā Melebihi berat dibenarkan
- Kaedah 89 ā Gagal patuhi spesifikasi teknikal
Ini sekaligus menimbulkan persoalan besar terhadap penguatkuasaan dan pemantauan kenderaan berat di jalan raya, terutama yang beroperasi dengan pelanggaran terang-terangan.
Pssttt! Jangan ambil mudah isu muatan kenderaan berat! Satu kecuaian boleh jadi punca nyawa melayang. Patuhi undang-undang demi keselamatan semua pengguna jalan raya.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM