Trending
”Lepas Ni Buat Lawak, Saya Tampar Tangan” – Suami Kieda Crepe Mahu Isteri Fokus Konten Berniaga
Suami Kieda Crepe nekad mahu isteri fokus pada konten perniagaan dan elak video melawak selepas insiden video herpes yang dikecam netizen.
Selepas tular video kontroversi mengenai jangkitan yang dialami Kieda Crepe, suaminya Hilmi Zaki atau lebih mesra disapa Amy tampil memberi kenyataan berhubung perkara itu.
Dalam satu siaran langsung di TikTok, Amy berkata dia akan memastikan Kieda lebih berdisiplin dalam berkongsi konten selepas ini, terutamanya yang melibatkan jenaka yang kurang sesuai.
Saya akan didik Kieda untuk jadi lebih manja dan tidak mahu lagi timbul isu bodoh serta tidak berfaedah.
Fokus pada konten perniagaan

Sebagai usahawan, Amy menekankan agar mereka memperbanyakkan konten berkaitan perniagaan selari dengan kerjaya mereka sebagai peniaga dalam talian.
Lepas ini kami akan banyakkan konten berniaga sebab kami usahawan. Kalau lepas ni Kieda buat video melawak, saya tampar tangan!
Katanya lagi, bergurau di rumah tidak salah, namun perlu lebih berhati-hati apabila memuat naik perkara itu di media sosial.
Saya pesan dengan Kieda, nak melawak boleh, tapi jangan rakam. Kami di rumah berlawak lagi kasar.
Kieda Crepe dan suami mohon maaf, anggap sebagai pengajaran
Amy turut mengambil kesempatan untuk memohon maaf kepada semua pihak yang mungkin tersinggung atau kurang senang dengan kandungan mereka sebelum ini.
Saya ada cara untuk didik Kieda. Kami berdua minta maaf kepada semua. Ini adalah pembelajaran baharu untuk kami.
Kontroversi jangkitan herpes

Baru-baru ini, Kieda Crepe mencetuskan kontroversi apabila berkongsi jangkitan herpes simplex yang dialaminya. Lebih mengejutkan, dia secara berseloroh mengaitkan punca jangkitan dengan kebersihan alat sulit suaminya.
Perkara itu mengundang pelbagai reaksi netizen, termasuk kecaman kerana dianggap keterlaluan dan tidak menjaga sensitiviti umum.
