
Oh! Artis
“Laki Tu Siapa”,Neelofa Ditegur Netizen, Bergambar Rapat Dengan Lelaki Bukan Mahram
Oleh
Neelofa, personaliti TV dan usahawan terkenal telah mencuri tumpuan orang ramai sewaktu berada di sebuah majlis keceriaan bersama Lancome.
Menerusi satu hantaran video yang dimuat naik di laman TikTok, Neelofa atau nama penuhnya Noor Neelofa dilihat bergambar bersama pelakon, Daiyan Trisha dan seorang peminat lelaki.
Walau bagaimanapun, video itu telah meraih perhatian netizen apabila Neelofa dikatakan bergambar terlalu rapat dengan peminat lelaki berkenaan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna Tiktok menegur usahawan yang berumur 34 tahun itu kerana lelaki berkenaan bukanlah mahramnya.

Malah, ada juga warga netizen yang memohon isteri kepada PU Haris itu untuk menjaga imejnya sebagai wanita berpurdah.

Dalam pada itu, ramai peminat-peminat memuji kecomelan Neelofa apabila memegang ‘baby bump’ setiap kali mereka bergambar.

BACA: Neelofa Dedah Tak Pernah Keluar Beli Barang Dapur Sejak Kahwin, Tinggal Masak Dan Kemas Sahaja
Kredit: Tiktok
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.
