
Oh! Artis
Neelofa Dedah Tak Pernah Keluar Beli Barang Dapur Sejak Kahwin, Tinggal Masak Dan Kemas Sahaja
Oleh
Baru-baru ini usahawan dan selebriti terkenal, Neelofa mendedahkan bahawa dirinya tidak pernah keluar untuk membeli barang dapur sepanjang perkahwinannya. Uish, betul ke ni?
BACA: “Tak Pernah Minta Itu, Ini” – Neelofa Terharu Suami Hadiah Gelang Sedondon Cincin Kahwin
Neelofa mengatakan bahawa tanggungjawab berbuat demikian telah diuruskan sepenuhnya oleh suami, PU Riz.
Masak dan kemas sahaja
Neelofa memberi kenyataan tersebut menerusi satu hantaran di Instagram Story miliknya. Dalam pada masa yang sama, usahawan tersebut berkongsi bahawa bapa mentuanya turut melakukan perkara yang sama.
Beli barang rumah memang saya tak pernah buat langsung. Tau-tau barang sampai untuk masak dan kemas saja. Segala jenis brand sabun, softener, tisu semua dia (PU Riz) yang pilih. Ayah Pak Ustad pun macam ni.
Sebelum ini, Neelofa telah mengumumkan bahawa mereka bakal menimang cahaya mata kedua tak lama lagi. Wah, tahniah Neelofa!
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media
