Connect with us

Oh! Media

“Korang Tak Ikhlas, Korang Tak Peduli” – Ramona Zamzam Sindir Rakan Artis Bersuara Lepas Diboikot

Oh! Artis

“Korang Tak Ikhlas, Korang Tak Peduli” – Ramona Zamzam Sindir Rakan Artis Bersuara Lepas Diboikot

Macam yang kita tahu, gerakan #Blockout2024 giat berjalan sehingga ramai artis terkesan. Isu ini makin panas apabila pelakon, Ramona Zamzam meyifatkan rakan artis tak ikhlas kerana menunjukkan solidariti selepas nama muncul dalam senarai boikot.

ADVERTISEMENT

BACA: Ning Baizura Dikecam Gara-Gara Tanya, “All Eyes On Rafah.. Siapa Tu?”

Menerusi Instastory yang dikongsi, pelakon itu berkata solidariti kepada saudara di Palestin sepatutnya dilakukan sejak awal dan bukannya selepas diboikot.

Dia juga menyatakan tidak percaya dengan rakan artis yang baru bersuara tentang isu global ini.

Korang tak ikhlas, korang tak pernah peduli.

Sesetengah korang yang tak pernah post satu apa pun sekarang dah masuk senarai blockout, baru terhegeh-hegeh nak upload.

Pelakon itu juga meluahkan rasa kesal kerana sepatutnya sebagai figura terkenal perlu guna platform yang ada untuk bersuara tentang ini.

Yang korang kisah adalah duit dan populariti

Sekarang baru nak cakap fasal Gaza.

Sementara itu, Ramona juga menasihatkan netizen yang menyebarkan kebencian terhadap artis lain dan berkata perlu dibuat secara professional dan beradab.

Kalau korang betul-betul ikhlas dengan niat itu dan nak block mereka, lakukan secara professional dan bertamadun.

Difahamkan pelakon ini juga adalah salah satu artis yang selalu bersuara tentang kekejaman zionis. Bagus Ramona ni sebab peka dengan isu global dan gunakan platform media sosial peribadi untuk bersuara.

Kredit: Instagram @ramonazamzam

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas