Connect with us

Oh! Media

ning baizura

Oh! Artis

Ning Baizura Dikecam Gara-Gara Tanya, “All Eyes On Rafah.. Siapa Tu?”

Oh! Ning Baizura… Sedia maklum, sejak beberapa bulan yang lalu, peperangan yang berlaku di Palestin telah membuka mata satu dunia tentang kekejaman yang dilakukan oleh Israel.

Berita perkembangan mengenai peperangan yang berlaku terhadap penduduk di Gaza sering di sebarkan di setiap platform media sosial dan itu memudahkan orang ramai mengetahui perkembangan terkini penduduk di sana.

IKLAN

BACA: Tahukah Anda? Tiada Lagi Tempat Selamat Di Gaza

Namun begitu, pertanyaan penyanyi, Ning Baizura baru-baru ini ketika melakukan live telah mengundang rasa kurang senang di kalangan warganet

Dalam live tersebut, salah seorang individu telah meninggalkan komen ‘All Eyes On Rafah’ tetapi respon Ning yang seolah-olah tidak mengetahui hal yang sedang berlaku di Palestin ketika ini sememangnya mengundang rasa marah orang ramai.

All eyes on Rafah.. Siapa itu? Hahaha

Rata-rata netizen yang meninggalkan komen meluahkan rasa kecewa dan malu apabila Ning yang merupakan seorang insan beragama Islam tidak mengetahui perkembangan saudara Islamnya sendiri.

Kredit: Aplikasi X

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Sayalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang selalu temani awak di saat susah nak tidur tu. Nak tahu apa yang terkini dan viral boleh cari nama abang ok!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas