Trending
“Kenapa Syamsul Yusof Failkan Cerai Sedangkan Ada Kuasa Talak?”, Ini Penjelasan Peguam Syarie
Kecoh di media sosial apabila peguam syarie telah mengesahkan yang pengarah, Syamsul Yusof telah menfailkan penceraian terhadap isterinya Ira Kazar baru-baru ini.
BACA: Peguam Syarie Sahkan Syamsul Yusof Fail Cerai Terhadap Ira Kaza Sebab Ini
Ada yang mempersoalkan mengenai kuasa talak pada seorang suami apabila melihat situasi Syamsul yang membuat permohonan cerai di mahkamah.
Peguam syarie yang dikenali sebagai Maisarah Mustafa tampil menjelaskan mengenai perkara itu.
Katanya, jika berlaku konflik dan tidak mahu lagi meneruskan perkahwinan, suami juga boleh failkan penceraian sama seperti isteri.
Kalau lafaz cerai luar mahkamah kena denda nanti sebab ianya dikira telah melakukan jenayah syariah.
Selain itu, bila dah lafaz cerai luar mahkamah, tetap kena failkan juga sebab nak buat pengesahan terhadap lafaz cerai yang suami lafazkan tu.
Mahkamah kemudiannya akan akan melakukan siasatan dahulu untuk pengesahan lafaz cerai yang dilakukan itu sah ataupun tidak.
Walaupun kuasa talak di tangan suami, dia tak boleh nak buat sewang-wenangnya ikut suka dia.
Untuk info, perbicaraan kes perceraian melibatkan Syamsul Yusof dan Ira Kazar itu akan berlangsung pada Selasa depan.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Tiktok Maisarah Mustafa
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM