Connect with us

Oh! Media

Jepun Bina Penginapan Pertama Di Dunia Yang Mampu Menghalang Wabak Sempena Sukan Olimpik!

Oh! Lifestyle

Jepun Bina Penginapan Pertama Di Dunia Yang Mampu Menghalang Wabak Sempena Sukan Olimpik!

Seperti yang kita semua tahu, sukan Olimpik pada tahun ini bakal diadakan di negara Jepun dengan nama komersialnya “Tokyo Olympic Games”! Wahhh, mesti ramai dah tak sabarkan. Haaa, bercakap pasal sukan Olimpik ni, mesti ramai yang tahukan apa itu “Olympic Village”. Bagi korang yang tak tahu, Olympic Village juga dikenali sebagai Perkampungan Olimpik iaitu tempat dimana para atlet sukan Olimpik menginap.

ADVERTISEMENT

Tapi, tahukah korang macam mana boleh tercetusnya idea untuk mewujudkan Perkampungan Olimpik ini? Kalau korang nak tahu pada awal kemunculan sukan Olimpik pada tahun 1920an, para atlet yang hadir untuk bertanding akan menginap di hotel walaupun pada masa itu perkampungan Olimpik sudah pun wujud.

Perkampungan Olimpik pertama di dunia bertempat di Paris, 1924.

Jadi, untuk mewujudkan semangat kesukanan dan menggalakkan para atlet menginap di Perkampungan Olimpik, para komiti Olimpik Antarabangsa telah mewajibkan bagi setiap tuan rumah untuk menyediakan penginapan, makanan dan juga kemudahan yang lain kepada para atlet.

Tokyo Olympic Village

Perkampungan Olimpik Tokyo.

Kalau sebut je pasal teknologi, negara Jepun ni boleh dikatakan antara negara yang tercanggih di dunia. Kalau dah teknologi pun hebat belaka, apatah lagi Perkampungan Olimpik dekat Tokyo tu. Nak tahu apa yang membuatkan “Tokyo Olympic Village” ni lain daripada yang lain? Ni antaranya;

1.Fasiliti Yang Mampu Menghalang Penularan Covid-19

Disebabkan para atlet dan jurulatih tidak dibenarkan untuk bergerak bebas di Jepun apabila sampai di sana, Perkampungan Olimpik Tokyo telah dibina khas supaya dapat mengekang wabak. Ini kerana, para atlet dan jurulatih akan lebih menghabiskan masa di dalam Perkampungan Olimpik tu nanti.

setiap meja makan turut diserta dengan penghadang plastik bagi mengekang penularan wabak.
Penghadang plastik juga turut diletakkan disetiap peralatan gym.

2. Dilengkapi Dengan Pelbagai Kemudahan

Menurut sumber, Perkampungan Olimpik Tokyo turut disertakan dengan kawasan membeli-belah serta memilik kemudahan seperti ATM, pejabat pos, bank, dobi, dan macam-macam lagi!

3. Keperluan Yang Mencukupi

Perkampungan Olimpik Tokyo memiliki 14 sehingga 18 tingkat dengan 3,600 jumlah bilik tidur. Malah, ia turut dilengkapi dengan dengan 18,000 katil yang diperbuat daripada kadbod yang dikitar semula!

4. Kawalan Yang Sangat Ketat

Bagi betul-betul menghalang penularan wabak di dalam Perkampungan Olimpik, para atlet dan jurulatih akan menjalani ujian Covid-19 setiap hari! Mereka juga akan disediakan dengan penggangkutan khas kerana mereka tidak dibenarkan untuk menggunakan penggangkutan awam.

Penggangkutan yang disediakan untuk para atlet dan jurulatih.

Malah, menyanyi dan bersorak beramai-ramai ketika acara diadakan juga adalah diLARANG sama sekali! Mereka juga turut diwajibkan untuk memakai pelitup muka sepenjang masa kecuali ketika tidur, makan dan ketika berada diluar.

Tapi sayangnya, Perkampungan Olimpik Tokyo ini dikatakan bakal diroboh setelah semuanya tamat. Malah, lebih menarik apabila kesemua kayu-kayu yang dirobohkan nanti bakal diguna pakai semula untuk membangunkan fasiliti bagi rakyat Jepun. Haa, ini salah satu benda yang kita patut contohi daripada negara Jepun, terbaiklah!

Jadi, setakat ini saja perkongsian kami pada kali ini. Apapun, harapnya korang bolehlah dapatkan sedikit input daripada perkongsian ini dan kalau korang rasa menarik jangan lupa kongsikan juga dengan kawan-kawan! 😀

Kredit: Insider

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas