Connect with us

Oh! Media

Penganjur Olimpik Tokyo 2020 Tak Benarkan Penonton Bersorak

Olimpik 2020

Oh! Tidak

Penganjur Olimpik Tokyo 2020 Tak Benarkan Penonton Bersorak

Penganjur Kejohanan Sukan Olimpik Tokyo telah mendedahkan peraturan baharu kepada penonton iaitu tidak boleh bersorak, minum alkohol, berpelukan dan tandatangan semasa temasya itu berlangsung.

Presiden Tokyo 2020, Seiko Hashimoto menyatakan peraturan tersebut terpaksa dilaksanakan bagi memastikan temasya berkenaan berlangsung dengan selamat namun pihak penonton tidak perlu risau kerana pihak penganjur akan menyemarakkan atmosfera pertandingan.

Isnin lalu, Ketua Olimpik Tokyo telah membuat keputusan membenarkan lebih 10,000 dalam setiap venue pertandingan, namun Hashimoto kemudian memberi peringatan kepada penonton supaya tidak terlalu berharap mood kejohanan ini seperti Euro 2020.

IKLAN

Di Eropah, venue dipenuhi dengan keraian,” katanya.

“Malangnya, kami tidak boleh melakukan perkara sama.

“Penonton perlu mematuhi peraturan antivirus, termasuk pemeriksaan suhu dan memakai pelitup muka sebelum memasuki venue dengan tiada tolak ansur dalam aspek itu.

“Selain itu, mereka dilarang bersorak atau melakukan kontak rapat dengan penonton lain dan diminta pulang selepas tamat pertandingan. Meminta autograf atlet atau menyatakan sokongan secara lisan turut tidak dibenarkan.

“Orang ramai boleh merasai keseronokan dalam hati mereka, tetapi mereka tidak boleh dengan kuat dan mereka perlu mengelak daripada berkumpul.

“Kami perlu menjadi kreatif dan kami meletakkan banyak usaha untuk melaksanakannya dengan cara baharu untuk meraikannya,” katanya.

Kredit : BeritaHarian

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas