Connect with us

Oh! Media

Ibu Reda Bayi Digilis Bas, Dedah Cerita Sebenar Tak Nak Ambil Tindakan Terhadap Pemandu

bayi

Trending

Ibu Reda Bayi Digilis Bas, Dedah Cerita Sebenar Tak Nak Ambil Tindakan Terhadap Pemandu

Pemergian seorang anak sudah pasti akan merobek hati seorang ibu. Ibu kepada bayi yang berusia 16 bulan yang meninggal dunia kerana dilanggar bas sekolah telah reda dengan pemergian anak ketujuhnya dan tidak mahu mengambil sebarang tindakan terhadap pemandu itu.

ADVERTISEMENT

BACA: Pemandu Bas Rasa Terlanggar Sesuatu, Rupanya Bayi Yang Berusia 16 Bulan

Menerusi Harian Metro, ibu kepada mangsa, Zainab Mohideen Abdul Kadar menyatakan bahawa keluarganya sudah lama menggunakan perkhidmatan pemandu bas itu untuk menghantar dan mengambil anaknya dari sekolah.

Pemandu bas tak sengaja

bayi

Akui sedih dengan pemergian anaknya, namun Zainab faham bahawa kejadian yang berlaku itu tidak disengajakan oleh pemandu bas.

Saya belum lagi bertemu dengan pemandu bas berkenaan, sebab dia masih lagi trauma dengan apa yang terjadi. Tapi dia sudah menghubungi saya dan minta maaf atas apa yang berlaku dan saya maafkan.

Saya pun tidak boleh salahkan pemandu bas, ketika keterangan yang diberikan kepada polis pun saya beritahu supaya pemandu ini tidak diapa-apakan. Tiada dendam pun saya simpan untuk pemandu bas ini, dia pun sudah lama menjadi pemandu bas iaitu kira-kira 25 tahun.

Saya tiada masalah dengan pemandu bas, begitu juga dengan suami, kita terpaksa reda dan tidak boleh berdendam.

Pemandu bas minta maaf berkali-kali

bayi

Saksi kejadian yang merupakan kakak mangsa memberitahu bahawa dia berada di tangga bas untuk memberi duit sekolah kepada adik kelimanya yang sudah berada di dalam bas.

Lepas saya bagi duit pada adik, saya turun dari bas. Saya nampak bas itu bergerak dan melihat Zahida (mangsa) sudah berada di bawah bas. Saya terus menjerit dan mengambil adik yang pada ketika itu sudah terperosok. Tindakan itu diambil kerana saya takut Zahida akan digilis kali kedua dengan tayar belakang bas berkenaan.

Nenek dan jiran yang mendengar jeritan saya kemudiannya keluar dan bertanyakan apa yang berlaku sebelum jiran menolong kami menghantar Zahida ke klinik berdekatan.

Pemandu bas tersebut meminta maaf berkali-kali selepas menyedari kejadian itu kerana tidak sedar mangsa berada di bahagian kiri bas.

Nenek meminta pemandu bas itu menghantar murid lain ke sekolah terlebih dahulu kerana bimbang akan terlambat. Selepas menyelesaikan tugasnya, pemandu bas itu datang semula ke rumah untuk mengetahui keaadan mangsa.

Dia sekali lagi meminta maaf, kerana tidak nampak Zahida dan kejadian itu tidak disengajakan. Mak kata tidak mengapa, dia tak salahkan pakcik ataupun saya. Kami berdua tidak perasan Zahida keluar dari rumah.

Difahamkan, mangsa memang suka ikut kemana sahaja keluarga pergi. Jadi, memang bukan salah pemandu bas kerana tidak perasan kehadiran mangsa sewaktu itu.

Pemandu bas tersebut juga sudah selesai memberi keterangan kepada polis dan dibebaskan dengan jaminan polis.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas