
Oh! Tidak
Guru Muat Naik Hantaran Jelik Tentang Tragedi UPSI, JPN Arahkan Siasatan Segera
Guru muat naik kenyataan jelik tentang kematian pelajar UPSI dikecam netizen. JPN arah siasatan penuh.
Tindakan tidak sensitif seorang guru sekolah menengah yang memuat naik hantaran jelik mengenai kemalangan tragis melibatkan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah mencetuskan kemarahan netizen.
Rentetan itu, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak telah mengarahkan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) menyediakan laporan lengkap berhubung insiden berkenaan.
Menerusi kenyataan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah, tindakan itu selaras dengan pekeliling Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berkaitan pengurusan isu membabitkan penjawat awam.
Hantaran jelik guru sudah dipadam tapi tetap disiasat…

Khairudin turut menyuarakan rasa kesalnya terhadap tindakan guru terbabit yang dianggap tidak berperikemanusiaan kerana mempersenda kematian mangsa tragedi.
Saya kesal atas tindakan pemilik akaun Facebook berkaitan dengan tragedi pelajar UPSI. Pihak PPD telah menghubungi pengetua dan menasihati guru tersebut untuk memadamkan hantaran berkenaan.- Katanya.
Menurut beliau, semakan pada jam 8.10 malam Selasa mendapati hantaran berkenaan telah pun dipadamkan.
BACA: Hina Mangsa Kemalangan UPSI, Cikgu Ini Akhirnya Mohon Maaf
Guru terlibat dakwa hidap skizofrenia, sudah mohon maaf…

Insiden itu mula tular selepas pengguna media sosial berkongsi tangkap layar hantaran guru berkenaan yang menyifatkan kematian pelajar UPSI itu sebagai “dalam keadaan hina” kerana kononnya meninggal dunia dalam keadaan berhutang dengan PTPTN.
Guru terbabit kemudian memuat naik hantaran memohon maaf dan mendakwa dirinya menghidap penyakit skizofrenia.
Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin mengesahkan bahawa pihak polis masih belum menerima sebarang laporan rasmi berhubung hantaran jelik itu.
Pssttt! Dalam apa juga keadaan, lebih-lebih lagi melibatkan nyawa manusia, sepatutnya kita semua menzahirkan empati, bukan menyebarkan kata-kata yang menyakitkan hati. Sebagai pendidik, adalah menjadi tanggungjawab untuk menunjukkan contoh baik, bukan mencetuskan polemik. Jadikan insiden ini sebagai pengajaran supaya kita lebih berfikir sebelum menulis di media sosial.
Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
