Connect with us

Oh! Media

Trending

Dedah Farm Fresh Bukan Milik Bumiputera, Pemuda Ini Mahu Netizen Semak Fakta Sebelum Percaya

Semalam, viral di media sosial kisah Azmi Zainal, atau lebih popular dengan gelaran Bos Susu yang telah take over satu kilang jem jenama IXL di Australia. Ramai juga netizen yang tumpang happy dengan berita tersebut.

BACA: “Bising-Bising Share Dia Kecik, Apa Hal?”, Pengguna Lain Dedah Sejarah Bos Susu

IKLAN

Yelah kalau ikutkan, Bos Susu memang dah cukup popular dalam kalangan peminat dengan produk susu Farm Freshnya. Lagi-lagi lepas jadi penaja program Gegar Vaganza selama dua musim. Memang ramai yang suka cara dia buat marketing, cukup sempoi dan tak menjengkelkan.

Tapi, tiba-tiba keluar pula cerita yang rupa-rupanya, susu Farm Fresh bukan produk orang Melayu. Alamak! Perkara itu telah didedahkan oleh seorang pengguna Facebook, Aliff Ahmad semalam dan mendapat perhatian dari netizen.

Menurut Aliff, berdasarkan cariannya di Interepo, syarikat Farm Fresh Milk Sdn Bhd sebenarnya dimiliki 100% oleh The Holstein Milk Sdn Bhd. Kalau korang nak tahu, ada dua orang pengarah yang bertanggungjawab menguruskan syarikat tersebut iaitu Loi Tuan Ee dan Loi Tuan Kin.

23.3% daripada The Holstein Milk ini pula dimiliki oleh Farmchoice Food. Dalam syarikat ini, Bos Susu hanya mempunyai 1.3% sahaja dari keseluruhan syarikat. Kiranya, majoriti pemilikan syarikat tersebut bukannya dalam kalangan orang Melayu, tapi pasangan adik-beradik Loi dan Tan Chow Yin dari Singapura.

Jika ditanya aku, adakah Farmfresh milik Melayu, Muslim dan Bumiputera. Mengikut definition aku, ia tidak. Kerana tidak mencapai majoriti pemilikan syarikat tersebut dan penguasaan (director control) tidak berada dalam tangan orang Melayu, Muslim dan Bumiputera.

Kata Aliff, niatnya bukanlah untuk menjatuhkan mana-mana individu, tetapi dia cuma ingin mendidik netizen untuk percaya sesuatu maklumat berdasarkan bukti. Bahkan dalam Islam juga ada mengajar kita konsep tabayyun yang bermaksud selidik dengan teliti.

Walaupun begitu, isu ini telah mendapat reaksi yang pelbagai dari netizen. Ada yang masih setia, dan ada juga yang terus boikot. Alahai, kalau bukan susu milik orang Melayu, tak boleh minum ke?

Bagi kami, kalau dah produk yang dikeluarkan berkualiti dan sedap, apa salahnya kalau masih nak beli, kan? Tapi terpulanglah pada pendapat masing-masing. Kalau tak nak beli, banyak lagi pilihan lain yang korang boleh tengok dekat kedai sana. Yang penting, makanan tersebut diyakini halal.

Kredit: Facebook Aliff Ahmad III, Twitter Mokcik Meow

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Oh.. Hai awak 👋
Trending terus kepada anda

Rangkuman ini akan mengumpulkan semua berita pilihan penulis yang popular setiap hari dan terus dihantarkan kepada anda. Ianya percuma!

Kami tidak akan spam! Baca privacy policy kami.

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas