Semalam, ohmedia ada share dengan korang tentang penulisan seorang pengguna Facebook, Aliff Ahmad III yang mendedahkan status sebenar syarikat Farm Fresh. Katanya, syarikat Farm Fresh bukanlah milik Melayu, Muslim dan Bumiputera.
Tapi, viral pula satu lagi penulisan dari seorang pengguna Facebook lain, Nordin Mat yang juga beri ulasan tentang isu ini. Amboi, ramai juga ya yang berminat. Kata Nordin, dia sebenarnya dah kenal lama dengan Bos Susu dan Mr Loi Tuan Ee. Dari zaman diorang belum bela lembu pun, dah lama diorang berkawan baik.
Nak dipendekkan cerita, asalnya Bos Susu cuma bantu Mr Loi jual susu dekat bazar Ramadan je. Tapi disebabkan dia berjaya buktikan yang dia seorang yang memang terror bab tingkatkan sale dan marketing walaupun cuma jual dekat bazar, dia pun diterima untuk menjadi salesman bagi produk di syarikat tersebut.
Nah, daripada sale RM100k sebulan, terus mencanak naik sampai cecah RM1 juta sebulan. Banyak, kan? Bukan itu je, Bos Susu siap wujudkan team Home Delivery, kemudian diorang naik pulak jadi stokis, kemudian naik pula jadi distributor. Daripada pekerja biasa, terus Bos Azmi bagi dia naik saham.
Ala, tapi saham dia 1.3% je? Bukan macam tu, awal dulu share Bos Azmi dalam syarikat tu banyak juga. Tapi bila diorang decide nak kembangkan perniagaan, diorang kena ada capital injection dari syarikat seperti Khazanah. Jadinya, saham yang besar tersebut terpaksa dikecilkan. Bukan Bos Azmi je, Mr Loi sendiri pun dikecilkan jadi 16%.
“Kerja mereka tidak mudah kawan-kawan. Masa mereka sangat ketat, ke hulu ke hilir sepanjang masa. Nak boleh jumpa mereka pun dapat luangkan masa berapa lama saja. Berbaris oang menunggu nak berjumpa mereka, tuan-tuan.” – tulisnya.
Diorang berdua pun ada tugas masing-masing. Bos Azmi dengan marketing dan program CSRnya untuk bantu masyarakat. Mr Loi pula sibuk plan strategi perniagaan dan uruskan kilang serta ladang. Kalau korang nak tahu, sale diorang sekarang boleh cecah sampai 15 ke 20 juta ringgit tau sebulan.
Jadinya, tak perlulah kita nak jadikan share orang Melayu dalam syarikat tersebut kecil sangat sebagai satu isu. Sebab syarikat Farm Fresh memang dah buktikan yang ia merupakan satu jenama Malaysia yang telah mencapai satu tahap yang membanggakan.
Sayalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang selalu temani awak di saat susah nak tidur tu. Nak tahu apa yang terkini dan viral boleh cari nama abang ok!