Connect with us

Oh! Media

“Tidak Ada Rasa Marah Atau Kecil Hati Pada Suami” – Dua ‘Madu’ Dedah Gembira Kongsi Kasih, Siap Duduk Sekali

Trending

“Tidak Ada Rasa Marah Atau Kecil Hati Pada Suami” – Dua ‘Madu’ Dedah Gembira Kongsi Kasih, Siap Duduk Sekali

Kalau ditanyakan soal bermadu, pastinya perkara ini sukar untuk diterima atau dihadapi rata-rata wanita berkahwin kerana menganggap ia satu perkara yang pahit untuk ditelan.

ADVERTISEMENT

BACA: Ashraf Muslim Akui Hidup Bermadu Bukan Mudah

Namun begitu, lain pula pandangan dua ‘madu’ yang dikenali sebagai Siti Nor Aisyah Saawal, 36, dan Marzurah Abdul Rahman, 23, apabila mereka merasakan hidup bermadu sama sekali tidak mendatangkan masalah meskipun mereka berkongsi suami, Mas Nawi Yusof, 41.

Bahkan, mereka berasa sangat gembira kerana dapat berkongsi kasih dan duduk serumah bersama.

Ketika ditemui Utusan, Siti Nor Aisyah yang merupakan isteri pertama mendedahkan bahawa dia mengenali madunya, Marzurah yang ketika itu masih lagi bersekolah di tingkatan tiga di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ade Putra, Masjid Tanah.

Apabila suami minta berkahwin dengan Marzurah selepas tamat tingkatan lima, saya tidak ada halangan sebaliknya membenarkan dia berkahwin. Tidak ada rasa marah, iri hati atau kecil hati terhadap suami.

Saya juga yang mengatur majlis pertunangan dan pernikahan mereka dan alhamduli­llah sudah hampir lima tahun mereka bernikah, kami hidup gembira.

Ibu kepada empat anak itu turut mendedahkan bahawa dia sangat gembira kerana dapat bersama-sama Marzurah untuk membantu suami mereka menguruskan kedai menjual pelbagai makanan yang terletak berhampiran Hutan Rekreasi Sungai Udang di sini.

Dalam pada itu, Marzurah yang mempunyai seorang anak berusia empat tahun memaklumkan bahawa suami dan Siti Nor Aisyah melamarnya sebaik sahaja tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2017.

Saya terima lamaran itu begitu juga ibu bapa saya. Walaupun ramai kata hidup bermadu penuh gelora, namun saya yakin boleh hidup bahagia dan syukur kami hidup penuh aman dan damai.

Saya dapat diterima semua anak tiri dan kami hidup di bawah satu bumbung. Setakat ini, kami tidak ada rasa iri hati atau dengki kerana segala masalah kami berkongsi bersama atasinya.

Semoga perkongsian dua madu ini sedikit sebanyak dapat memberikan inspirasi buat semua pasangan di luar sana.

Tapi harus diingat, tak semua mampu hadapi dugaan hidup bermadu ini tau. Jika ada yang mampu, teruskanlah namun jika sebaliknya, cubalah untuk elakkan ya.

Kredit: Utusan Malaysia

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas