Connect with us

Oh! Media

Berjaya Raih Pingat Perak, Perjalanan Hidup Wei Lun Buat Netizen Sebak

Trending

Berjaya Raih Pingat Perak, Perjalanan Hidup Wei Lun Buat Netizen Sebak

Malaysia sekali lagi diumumkan dengan berita gembira selepas atlet Boccia negara, Chew Wei Lun berjaya menghadiahkan pingat perak buat kontinjen negara semalam.

ADVERTISEMENT

BACA: Pejabat Mufti Tegur Netizen Hina Atlet Paralimpik Ukraine

Wei Lun telah memberikan saingan sengit kepada juara bertahan Great Britain, David Smith sebelum tewas 2-4 di perlawanan akhir.

Ia merupakan pingat ketiga negara selepas Bonnie Bunyau Gustin dan Jong Yee Khie yang masing-masing meraih pingat emas dan perak dalam acara Powerlifting.

Rekod tanpa kalah sebelum menang pingat perak

Perlu juga diberi perhatian bagaimana perjalanannya selepas mengharungi saingan sebelum ke final tanpa sebarang kekalahan.

Dia yang merupakan pemain no. 11 dunia berjaya menewaskan beberapa atlet yang berada dalam kelompok terbaik termasuklah atlet China, Zhang Qi yang pernah memenangi pingat perak di Sukan Paralimpik London 2012.

Selain itu, dia juga turut berjaya mengalahkan pemain no. 2 dunia, Witsanu Huadpradit di peringkat kumpulan sebelum tewas di final dengan pemain no. 1 dunia.

Walaupun kejohanan ini merupakan penampilan sulungnya dan tidak diletakkan sebagai sasaran pingat, namun usaha kerasnya berjaya membuahkan hasil.

Pernah ditinggalkan mak kandung

Namun disebalik kejayaannya, rupanya terpalit seribu satu kisah sedih melibatkan pemuda yang berasal daripada Johor Bahru ini.

Menerusi hantaran yang dibuat oleh Wan Muiz di laman Twitternya, Wei Lun pernah ditinggalkan oleh ibu kandungnya ketika berusia 4 tahun sebelum dijaga oleh datuknya.

Kemudian pada usia 9 tahun, dia telah dihantar ke pusat jagaan kanak-kanak kurang upaya dan terpaksa melakukan semua perkara secara sendiri.

Mula jatuh cinta dengan sukan Boccia

Selain itu, Wei Lun juga mengakui mula menunjukkan minat terhadap sukan Boccia selepas menerima tunjuk ajar daripada seorang cikgu di sekolahnya.

Menerusi laman Facebook milik Kuala Lumpur 2017, dia dikatakan terlalu minat dengan sukan tersebut sehingga sanggup mengambil cuti selama 3 bulan untuk bertanding dalam temasya Paralimpik ASEAN 2017.

Walaupun mempunyai pekerjaan dan sukar untuk membahagikan masa dengan sukan, namun usahanya dilihat berbaloi selaras dengan pengorbanannya.

Netizen turut sebak

Meninjau pada ruangan komen di Twitter, rata-rata netizen turut berasa sebak dan mengucapkan terima kasih terhadap usaha keras atlet berkenaan.

Walaubagaimanapun, kita juga perlu mengucapkan terima kasih kepada atlet paralimpik negara yang lain selepas berjuang habis-habisan bagi mengharumkan nama negara.

Kredit: Twitter Wan Muiz I Kosmo! I Sinar Harian I Erin Sakura

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas