Trending
“Baru Jadi Bonzer Club Dah Lupa Diri” – Suami Pempengaruh Kantoi Curang Dengan Awek Kelab Malam
Pempengaruh dedah suami curang, sumpah wanita perampas takkan bahagia, dan pilih selesaikan di Mahkamah Syariah.
Kecoh di media sosial apabila suami kepada pempengaruh Nurin Lofa didakwa berlaku curang dengan seorang wanita yang dikatakan berasal dari Temerloh, Pahang.
Netizen mendakwa suami pempengaruh berkenaan sudah ‘lupa diri’ apabila mula bekerja sebagai pengawal atau bonzer di kelab malam.
Suami lupa diri lepas jadi bonzer kelab malam?

Dakwa netizen, sebelum ini lelaki itu hanyalah penghantar makanan dan banyak dibantu oleh isterinya yang merupakan influencer popular di TikTok.

Lebih mengejutkan apabila lelaki itu didakwa bertatu di lengan duduk di samping penyondol yang mengenakan skirt pendek dan sarung kaki berjaring.
Nurin akui suami curang, padam hantaran demi anak
Dalam luahan emosinya di TikTok, Nurin mengesahkan kecurangan suaminya dan berkata dia sebenarnya berniat untuk memuat naik segala bukti yang ada.
Ikutkan hati aku nak muat naik saja semua. Tapi disebabkan dia minta simpati sebagai ayah kepada anak kami. Katanya, ada air muka yang perlu dijaga. Aku padam semua.
Namun, dia mengalah selepas suaminya merayu agar menjaga maruahnya sebagai ayah kepada anak mereka, Jebat.
Tak akan maafkan penyondol, serah pada mahkamah
Walaupun telah menurunkan semua hantaran, Nurin tidak berdiam diri. Dia bertegas tidak akan memaafkan wanita perampas itu dan bersumpah bahawa hidup wanita tersebut tidak akan tenang.
Aku sumpah atas nama mak ayah aku, kau (orang ketiga) tidak akan bahagia dunia dan akhirat.
Menurut Nurin, dia kini memilih untuk menyelesaikan isu rumah tangganya secara rasmi di Mahkamah Syariah.
Pssttt! Bila cinta dikhianati, maruah diinjak, dan hati dilukai, memang perit untuk ditelan. Nurin menunjukkan keberanian luar biasa dengan memilih jalan undang-undang dan menegakkan haknya. Semoga wanita sekuat Nurin terus bangkit dan diberikan ketenangan yang sebenar.
Kredit: Threads @fkmkkolncu
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Ustaz Rock Jawab 30 Soalan Viral Fiqh Ramadan | Oh! Podcast Ep24
OH! MEDIA 16/02/2026 4:00 PM