Connect with us

Oh! Media

Angkara Dendam 2 Remaja Terhadap Suami, Wanita Ditemui Maut Bersama Bayi Dalam Keadaan Separuh Bogel

Trending

Angkara Dendam 2 Remaja Terhadap Suami, Wanita Ditemui Maut Bersama Bayi Dalam Keadaan Separuh Bogel

Seorang wanita ditemui maut bersama bayi berusia sembilan bulan di belakang rumah mereka yang terletak di Kampung Permatang Jaya, Riau, Indonesia.

ADVERTISEMENT

BACA: Kanak-Kanak 4 Tahun Maut Selepas Dijaga Rakan Kakak, Mak Ayah Dipenjara Akibat Dadah

Memetik laporan Kompas, kedua-dua mangsa dipercayai dibunuh oleh dua orang remaja berusia 15 dan 17 tahun.

Lebih menyedihkan apabila mayat Arita yang berusia 45 tahun itu ditemui dalam keadaan tanpa seluar serta bajunya terselak ke atas manakala mayat bayi lelaki, Rizky Arma Farhan yang berusia sembilan bulan pula ditemui tidak jauh dari mayat ibunya.

Mangsa dipukul dengan alatan basikal

Dalam pada itu, siasatan mendapati bahawa kedua-dua suspek yang ditangkap mengaku memukul kepala mangsa dengan menggunakan alatan basikal (shockbreaker) serta memukul leher mangsa sehingga berlumuran darah.

Gambar Hiasan

Bukan itu sahaja, leher mangsa juga dikatakan dijerut dengan menggunakan getah tayar sebelum diseret ke semak samun belakang rumah.

Suspek kedua pula menekup mulut bayi sehingga lemas dan tidak lagi bernyawa sebelum dimasukkan ke dalam sebuah beg dan dibuang berdekatan mayat ibu.

Menurut sumber lagi, suspek mengaku bertindak sedemikian kerana berdendam dan sakit hati kerna sering dimarahi oleh Masoni.

Kredit: Kompas

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas