Connect with us

Oh! Media

Remaja Hilang Ditemui Selamat, Tiga Suspek Ditahan Bagi Bantu Siasatan

Trending

Remaja Hilang Ditemui Selamat, Tiga Suspek Ditahan Bagi Bantu Siasatan

Kecoh di media sosial beberapa hari yang lalu mengenai seorang remaja wanita yang hilang selepas keluar daripada inap desa yang terletak di Taman Salak Maju.

ADVERTISEMENT

BACA: Anak Bersyukur Ayah Selamat Selepas 5 Hari Hilang Di Laut

Berita kehilangan remaja yang dikenali sebagai Salsabila itu tular selepas rakaman kamera litar tertutup mendapati remaja berkenaan keluar dengan menaiki sebuah motosikal mula tersebar di aplikasi Whatsapp.

Salsabila ditemui selamat, dua suspek ditahan

Terbaru, Kosmo melaporkan bahawa Salsabila atau nama sebenarnya Salsabila Putri Md. Nasir, 13, ditemui selamat di sebuah kondominium di Seksyen 13, Shah Alam bersama dua individu lain malam tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof, pihaknya turut menahan seorang lelaki dan seorang wanita masing-masing berusia 19 dan 18 tahun bagi membantu siasatan.

Susulan tangkapan itu, kami turut menahan seorang lagi suspek iaitu lelaki berusia 21 tahun bagi membantu siasatan kes sama.

Wan Zamarul turut menambah bahawa siasatan awal mendapati, dua suspek lelaki berusia 19 dan 21 tahun mengaku menaiki motosikal bersama ke kawasan inap desa untuk bertemu dengan mangsa.

Salah seorang suspek dan mangsa kemudian menaiki sebuah kenderaan e-hailing untuk pulang ke kondominium berkenaan.

Seorang lagi suspek iaitu wanita berusia 18 tahun bagaimanapun mengaku tidak terlibat dalam kes itu, namun kebetulan berada di lokasi mangsa ditemui.

Sementara itu, bapa Salsabila Putri, Md Nasir Abdul Rahim, 58, ketika dihubungi berkata, dia bersyukur kerana akhirnya anak perempuannya ditemui dalam keadaan selamat.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas