Connect with us

Oh! Media

ina naim

Trending

Anak Lelaki Sulung Ina Naim Menangis Lepas Akad Nikah, Syukur Ada Yang Sudi Jaga Ibu Dan Adik

Anak sulung kepada penyanyi Ina Naim, iaitu Ehmad Hadie, mengundang rasa sebak dalam kalangan netizen apabila menangis teresak-esak sewaktu ibunya sah diijabkabul dengan pasangan baharunya.

Momen penuh emosi itu turut dikongsikan menerusi video viral di TikTok, yang memperlihatkan Hadie tidak mampu menahan kesedihan ketika jurunikah membacakan doa.

IKLAN

Anak sulung Ina Naim menangis teresak

@lindangimin

INA NAIM SELAMAT DIIJAB KABUL…MOGA BAHAGIA DUNIA AKHIRAT #ina #inanaim #fyp

♬ IBU AKU RINDU – JASMINE

Pada rakaman tersebut, Hadie yang berusia 16 tahun dilihat menundukkan kepala sambil mengelap air mata dengan hujung lengan bajunya.

Sehingga doa selesai dibaca, air mata Hadie terus mengalir, membuatkan ibu tersayang turut tidak dapat menahan sebak.

Hadie syukur ada orang sudi jaga ibu, adik-adik

@mstarmalaysia

Anak sulung Ina Naim ‘restu’ perkahwinan ibu, yakin bapa tiri mampu jaga keluarga #sembangentertainment #inanaimnikah #mstar #inanaim

♬ original sound – mStar Official – mStar Official

Menurut laporan mStar, Hadie meluahkan rasa syukur kerana ibunya kini kembali bergelar seorang isteri selepas setahun kehilangan bapa tercinta.

ina naim

Anak remaja ini berharap kebahagiaan yang mereka sekeluarga cari akhirnya tiba dengan kehadiran bapa tiri baru, Mohd Khairul Rizal.

Alhamdulillah syukur. Sekurang-kurangnya ada orang yang sanggup terima dan jaga kami sekeluarga.

Beliau juga menerima kehadiran ‘daddy’ dengan hati terbuka dan menghargai keikhlasan serta sikap penyayang lelaki tersebut.

Ujarnya lagi, daddy bukan sahaja baik tetapi juga melayani keluarganya dengan penuh tanggungjawab.

#OhmediaNasihat

Perpisahan dan kehilangan memang satu dugaan berat, tetapi mencari kebahagiaan baharu bukanlah mudah. Hadie menunjukkan kematangan dalam menerima kehidupan baru ibunya. Buat kita semua, ini satu ingatan bahawa kebahagiaan dan kasih sayang boleh hadir dalam pelbagai bentuk jika kita terbuka menerima orang yang menghargai kita.

ina naim

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: mStar | TikTok


Editor-In-Chief. Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Trending

Oh.. Hai awak 👋
Trending terus kepada anda

Rangkuman ini akan mengumpulkan semua berita pilihan penulis yang popular setiap hari dan terus dihantarkan kepada anda. Ianya percuma!

Kami tidak akan spam! Baca privacy policy kami.

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas