Connect with us

Oh! Media

6 Negeri Dijangka Akan Dilanda Banjir Dalam Masa 24 Jam

Trending

6 Negeri Dijangka Akan Dilanda Banjir Dalam Masa 24 Jam

Ketika ini, negeri seperti Kelantan dan Terengganu sedang menghadapi bencana banjir dengan lebih 1000 mangsa telah pun dipindahkan ke PPS banjir.

ADVERTISEMENT

BACA: Tiada Bekalan Air Bersih, Mangsa Dedah Terpaksa Masak Air Banjir Untuk Makan Dan Minum

Terbaru, Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menjangkakan banjir kilat mungkin melanda Johor, Pahang, Perak, Selangor, Terengganu dan Sabah dalam tempoh 24 jam jika berlaku hujan lebat atau ribut petir yang signifikan.

Memetik laporan Harian Metro, antara kawasan yang bakal terbabit di Johor ialah Kota Tinggi sekitar Sedili Kechil dan Ulu sungai Sedili Besar, Muar (Bandar, Bandar Maharani dan Jalan Bakri) serta Mersing (Bandar Padang Endau) berdasarkan notis PRABN yang dikeluarkan 7 pagi ini.

Manakala di Pahang, tiga daerah dijangka akan terbabit ialah Kuantan di sekitar Bandar Kuantan, Hulu Kuantan, Kuala Kuantan, Pulau Manis dan Sungai Karang, Maran (Pekan) serta Pekan (Bebar, Pekan dan Langgar).

Sementara itu, di Perak, dua daerah dan kawasan sekitar yang dijangka terjejas ialah Bagan Datuk (Pekan Simpang Empat) dan Hilir Perak (Durian Sebatang), manakala di Selangor, ia membabitkan Klang.

Bagi Terengganu pula, kawasan diramal terjejas adalah Marang (Bukit Payung) dan Kuala Terengganu (Batu Buruk, Chendering dan Kuala Terengganu), manakala di Sabah ialah Tuaran (Kampung Berungis dan Pekan Tenghilan).

Notis kesiapsiagaan itu dikeluarkan untuk membolehkan semua penduduk terutama sekali di kawasan berisiko untuk sentiasa berwaspada dengan kemungkinan berlaku banjir kilat dalam tempoh yang disebut.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas