Connect with us

Oh! Media

Tiada Bekalan Air Bersih, Mangsa Dedah Terpaksa Masak Air Banjir Untuk Makan Dan Minum

Oh! Tidak

Tiada Bekalan Air Bersih, Mangsa Dedah Terpaksa Masak Air Banjir Untuk Makan Dan Minum

Seperti yang kita tahu, rakyat di Kelantan dan Terengganu ketika ini sedang menghadapi bencana banjir yang agak teruk pernah dialami mereka.

ADVERTISEMENT

BACA: Air Banjir Jejaskan 78 Fasiliti Kesihatan Dan Hospital Di Pantai Timur

Sudah pasti, agak sukar untuk mereka mendapatkan bekalan air bersih serta bekalan makanan yang mencukupi sepanjang bencana ini.

Terpaksa masak air banjir untuk makan dan minum

Memetik laporan Harian Metro, seramai 62 mangsa banjir yang berlindung di sebuah rumah yang terletak di Rantau Panjang terpaksa memasak air banjir untuk dijadikan minuman kerana tiada bekalan air bersih diterima mereka.

Mereka mendedahkan terpaksa berbuat demikian kerana kawasan sekitar mereka telah pun terkepung dan ditenggelami banjir.

Lebih teruk lagi, apabila ada yang terpaksa menggunakan air banjir itu untuk membuat susu anak yang masih kecil. Allahu.

Dalam pada itu, seorang mangsa bernama Muzipah Che Muda, 54, memaklumkan bahawa mereka terpaksa mengambil keputusan menggunakan banjir sebagai sumber air yang kemudian direbus sebelum diminum selepas buntu memikirkan air minuman yang tidak kunjung tiba.

Ini kerana, sudah tiada cara lain bagi mereka mendapatkan sumber air bersih kerana ramai kanak-kanak sudah merengek kehausan, begitu juga orang dewasa yang sudah tidak minum sejak beberapa jam.

Air ini juga kami gunakan untuk memasak secara bergotong-royong. Besar harapan kami supaya ada pihak yang masuk untuk menghantar bantuan air bersih buat kami di sini.

Kami tahu kawasan penempatan ini agak sukar diakses, oleh itu kami mencari ikhtiar lain terlebih dahulu dengan hanya tawakal sahaja semoga air yang diminum tidak memudaratkan.

Semua mangsa berkumpul di rumah milik salah seorang penduduk yang tidak dimasuki air tetapi halamannya tetap digenangi banjir separas 0.5 meter.

Sama-samalah kita doakan agar banjir di seluruh negeri yang terlibat cepat surut agar mereka dapat menjalani kehidupan seperti sedia kala.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

ohmedia telegram group
Ke Atas