Connect with us
korea

Oh! Travel

Pening Nak Cari Kedai Makan Di Korea Selatan? Ini 5 Restoran Halal Wajib Dikunjungi

Annyeonghaseyo korang! Negara Korea Selatan memang tidak asing lagi dengan gelombang K-pop dan juga budaya tradisional mereka yang menarik.

Semua makanan dan masakan yang ada di negara itu semestinya akan membuat korang terliur.

IKLAN

Tetapi, mesti korang risau dan was-was untuk mengunjungi ke restoran di Korea Selatan kerana tiada tanda halal.

Jangan bimbang, kali ini kami akan kongsikan 5 tempat makan yang halal di sekitar Seoul, Korea Selatan.

HAJJ Korea Halal Food

Terletak tidak jauh dari Masjid Itaewon, Hajj Korea Halal Food sangat sesuai untuk hidangan enak selepas solat.

Restoran ini menawarkan menu lazat yang bukan sahaja masakan Korea seperti samye-tang (sup ayam ginseng), kimchi jjigae, nasi bulgogi, dan bindae-tteok (penkek kacang hijau).

Malah, turut ada hidangan Malaysia seperti ayam bakar nasi goreng dan teh tarik, sekiranya korang merindui cita rasa rumah.

  • Alamat: South Korea, Seoul, Yongsan-gu, Hannam-dong, Usadan-ro 10-gil, 39 1층
Korea

Restoran Kampungku

Restoran Kampungku yang terletak hanya beberapa langkah dari Stesen Myeongdong, menawarkan menu asli yang terdiri daripada masakan Korea serta Malaysia.

Menurut pengunjung yang pernah ke restoran ini, mengesyorkan untuk mencuba ayam goreng Korea mereka yang sedap.

Menariknya, restoran ini juga mempunyai ruang solat yang luas untuk sesiapa sahaja yang perlu solat atau berehat .

Malah, ia dialu-alukan untuk menggunakannya walaupun korang sedang menjamu selera.

  • Alamat: 16-4 Namsandong 2(i)-ga, Jung-gu, Seoul, South Korea

Korea

Korea

Halal Kitchen Korea

Restoran ini terletak di perkampungan yang kaya dengan budaya menawan di Kampung Bukchon Hanok.

Halal Kitchen Korea adalah tempat persinggahan yang sempurna selepas penat mendaki cerun bukit yang ekstrem.

Bertempat di hanok tradisional Korea yang selesa, korang boleh temui hidangan seperti dakgalbibulgogibibimbap, dan banyak lagi.

  • Alamat: 86-2 Samcheong-ro, Samcheong-dong, Jongno-gu, Seoul, Republic of Korea, South Korea

Korea

Balwoo Gongyang

Satu lagi restoran berasaskan tumbuhan yang sangat berbaloi untuk dikunjungi di Seoul ialah Balwoo Gongyang.

Mengikuti prinsip agama Buddha dan masakan tradisional Korea, mereka hanya menggunakan makanan vegetarian organik dalam masakan mereka.

Restoran ini juga mengecualikan penggunaan sayur-sayuran pedas seperti daun bawang, bawang merah, daun kucai, lik dan bawang putih.

Walaupun tidak banyak yang dinyatakan di atas kertas, makanannya pasti sedap seperti yang boleh dibuktikan oleh panduan Michelin.

  • Alamat: 56 Ujeongguk-ro, Jongno 1(il).2(i).3(sam).4(sa), Jongno-gu, Seoul, South Korea

Korea

Yang Good BBQ

Bercuti di Korea sudah semestinya perlu mencuba BBQ di sana tetapi agak mustahil untuk mencari restoran yang mesra halal.

Yang Good BBQ di Gangnam adalah jalan penyelesaian bagi masalah ini!

Restoran ini menggunakan daging yang disahkan Halal yang diimport dari Australia. Daging kambing mereka ada yang diperap dan tidak diperap.

Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa kerana restoran ini juga popular dalam kalangan penduduk tempatan, mereka juga menyajikan minuman keras.

  • Alamat: 15, Nonhyeon-ro 95-gil, Gangnam-gu, Seoul, South Korea

BACA: Ragu-Ragu Nak Makan Bila Travel Di Negara Minoriti Islam? Muat Turun Aplikasi Ini Untuk Mudahkan Korang

Sebelum ini kami ada kongsikan beberapa aplikasi mesra muslim bagi memudahkan mereka yang bercuti ke negara minoriti islam.

Kredit: Klook

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


  • korea
  • korea

Hai semua! Saya penulis separuh masa di Oh! Media berkaitan isu-isu trending dan hiburan.

Lagi dalam kategori Oh! Travel

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas