Oh! Travel
Ini Rupanya Cara Untuk Tonton Wayang Di Layar Bawah Bintang Secara Percuma!
Oleh
Korang pernah tak tengok wayang bawah langit malam sambil lepak atas tikar dengan kawan-kawan ataupun keluarga? Kalau aktiviti macam ni pernah ada dalam plan list korang, Layar Bawah Bintang adalah untuk korang!
Layar Bawah Bintang – Dibawakan oleh GrabFood 5-Star…
Bersedia untuk pengalaman wayang luar yang unik di Layar Bawah Bintang! Bukan setakat menonton filem tapi ada makanan, minuman, persembahan penyanyi terkenal tanah air dan suasana yang memang chill habis.
Layar Bawah Bintang ini akan berlangsung selama tiga minggu bermula dari 6 hingga 21 September 2024 di tiga negeri berbeza.
Jadi, pastikan korang pack bakul piknik dan bawa tikar sendiri (BTS – bawa tikar sendiri) untuk sertai keseronokan ni!
Apa Yang Menanti Korang di Layar Bawah Bintang?
1. Tonton filem terbaik Malaysia di Layar Bawah Bintang
Layar Bawah Bintang akan menayangkan filem-filem hebat untuk korang enjoy selama dua hari yang penuh keseronokan! Hari pertama ada filem thriller psikologi popular, Desolasi lakonan Syamsul Yusof dan tayangan throwback dua episod Rom-Com hit From Saga With Love dari VIU.
Hari kedua pula, korang boleh enjoy aksi hebat dengan tayangan berturut-turut Abang Long Fadil dan Abang Long Fadil 2, mesti korang tak nak lepaskan!
2. Goodie bag percuma bernilai RM100++
Semua yang hadir di Layar Bawah Bintang akan menerima goodie bag percuma yang bernilai lebih RM100. Dalam goodie bag ni, korang akan dapat Marigold Peel Fresh, Autan mosquito repellent, produk Seri Murni dan beberapa kejutan lain yang pasti buat hari korang lebih seronok. Tapi ingat, siapa cepat dia dapat!
3. Kopi & Snek Percuma
Untuk enhance lagi keseronokan malam tu, kita boleh nikmati kopi panas dan snek percuma! Datang awal ke Kombi Van GRAB untuk secawan kopi panas dan snek sebelum habis.
4. GrabFood 5-Star: Pesta makanan terbaik!
Malam wayang tak lengkap tanpa makanan sedap, disebabkan itu GrabFood 5-Star akan bawa korang pilihan restoran top-rated di Malaysia. Dari Kyochon Korean Fried Chicken hingga spaghetti lazat oleh Pasta Port, korang boleh nikmati pelbagai hidangan 5-bintang seperti yang dinilai oleh pengguna GrabFood.
Menurut laporan Tren Makanan dan Barangan Runcit Grab 2023, 91% pengguna di Malaysia telah menggunakan aplikasi Grab untuk discover restoran dan kedai baru yang belum pernah mereka cuba.
Semua makanan yang korang suka, semua di satu tempat sambil tengok wayang, bunyi macam malam yang best, kan?
5. Persembahan Artis Tempatan
Nak tambah lagi keseronokan, Layar Bawah Bintang juga akan bawa artis tempatan popular untuk hiburkan korang. Lineup yang power ni memang tak boleh korang lepaskan!
Cara nak sertai Layar Bawah Bintang secara percuma!
Dah excited? Korang cuma perlu daftar di sini.
Jangan lupa untuk follow Layar Bawah Bintang di Facebook, Instagram dan TikTok untuk info lanjut. Team Oh! Media dan min Adudu pun ada dekat situ, jumpa korang nanti ok!
Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: –
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!