Connect with us

Oh! Media

jeram pelangi

Oh! Travel

Air Terjun Jeram Pelangi, Destinasi ‘Hidden Gem’ Di Pahang Dengan Pakej ‘Camping Trip’ Murah

Dah masuk pertengahan tahun ni, sudah-sudah la tu kerja kuat. Jom manjakan diri pergi air terjun Jeram Pelangi pula jom! Hanya tiga jam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Maran, Pahang, orang ramai dapat nikmati keindahan air terjun Jeram Pelangi berdekatan Kampung Kuala Sentul dan pastinya berbaloi.

Kalau korang nak tahu, air terjun Jeram Pelangi ni mengalir turun dari bukit setinggi 600 meter dari aras laut. Ada juga kem yang terletak pada ketinggian kira-kira 300 meter untuk kemudahan kita bila sampai dekat sini nanti.

IKLAN

Menariknya, kawasan tempat ni merangkumi 30,000 hektar hutan yang terjaga. Jadi, korang boleh la bayangkan betapa indahnya pemandangan semula jadi hutan yang bersih menjadikan ia destinasi yang menarik untuk penggemar alam semula jadi.

Pertama kali datang sini? Boleh roger pemandu hutan berlesen…

Pendakian mengambil masa selama tiga jam tapi tak bahaya pun sebab jalan mudah je. Apapun, untuk korang yang baru pertama kali nak mencuba boleh dapatkan khidmat pemandu hutan berlesen seperti abang Suhairy Ismail/

Tak perlu memanjat bukit curam. Ia adalah laluan yang mudah dan lebih kepada berjalan santai.

Suhairy dan pasukannya juga ada menawarkan camping trip 2H1M ke Jeram Pelangi. Bayaran hanya sekitar RM200 hingga RM250 seorang termasuk perjalanan bas dari Kuala Lumpur, permit, bayaran untuk pemandu tempatan, perjalanan dengan kenderaan pacuan empat roda, khemah terbuka, makanan, kit pertolongan cemas, serta insurans kemalangan diri.

Peserta boleh bawa khemah sendiri. Ada juga yang suka membawa dapur khemah sendiri dan makanan ringan seperti minuman dan mi segera.

Ingat ini adalah dakian berkhemah di dalam hutan, jadi rancang peralatan dengan baik untuk mengelakkan bawa beg galas yang terlalu berat.

Seterusnya ialah Jeram Pelangi itu sendiri, yang setinggi 50m. Kabus dari air yang jatuh menghasilkan pelangi yang cantik dan terang.

Kata abang Suhairy, air terjun ini merupakan “rahsia” yang disimpan oleh penduduk kampung di lembah tersebut selama beberapa generasi. Apapun, sekarang kita dah boleh nikmati keindahan ni sama-sama. Moh kita…

Kredit: Syikin Abd Khalim
jeram pelangi

Jap!


Lagi dalam kategori Oh! Travel

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas