Connect with us

Oh! Media

Juruterbang Kongsi Pemandangan Pulau Mirip Filem ‘Jurassic Park’ Wujud Tak Jauh Dari Malaysia

Ohmedia pulau jurassic park pulau mules

Oh! Travel

Juruterbang Kongsi Pemandangan Pulau Mirip Filem ‘Jurassic Park’ Wujud Tak Jauh Dari Malaysia

Siapa sangka pulau Isla Nublar dari filem Jurassic Park sebenarnya wujud di dunia nyata dan ia terletak tak jauh pun dari Malaysia. Pulau yang menyerupai Isla Nublar ini ialah Pulau Mules, yang terletak di Manggarai, Nusa Tenggara Timur (NTT), Indonesia.

Sama macam dalam filem tu, Pulau Mules juga dikelilingi dengan padang rumput yang luas dan gunung-ganang di tengahnya. Pemandangan indah ini tular selepas seorang juruterbang, Wibisono Notodirdjo, berkongsi video ketika terbang di atas pulau berkenaan.

Fakta Menarik Tentang Pulau Mules…

Ohmedia image 6
  1. Pulau Mules, juga dikenali sebagai Nuca Molas, terletak di perairan selatan Pulau Flores.
  2. Pulau ini berada dalam wilayah Desa Nuca Molas, Satar Mese Barat, daerah Manggarai.
  3. Didiami oleh 1,340 penduduk, majoriti mereka bekerja sebagai nelayan dan penternak.
  4. Pulau Mules seluas 18,029 hektar, terletak di antara Pulau Flores dan Pulau Sumba.
  5. Pulau ini kaya dengan flora dan fauna, termasuk penyu, burung, gugusan karang, dan ikan lumba-lumba.
  6. Pantai di bahagian selatan dan barat pulau menawarkan ombak tenang sesuai untuk snorkeling dan selam (diving).
  7. Pantai di timur dan selatan sesuai untuk sukan luncur ombak, dengan pasir putih yang cerah.
  8. Kampung Peji di pantai utara menawarkan pemandangan bukit berumput hijau dan padang rumput luas.
  9. Kampung Konggang di bahagian barat pula terkenal dengan batu karang dan hidupan laut seperti landak laut dan siput.
  10. Pengunjung boleh berinteraksi dengan penduduk mesra dan mempelajari kehidupan seharian mereka.
  11. Penduduk Pulau Mules majoritinya beragama Islam, berbeza dengan penduduk Flores yang kebanyakannya Katolik.
  12. Islam di Pulau Mules dibawa oleh suku Ende, Bima, dan Bugis, mewujudkan kepelbagaian bahasa di pulau ini.
  13. Akses ke Pulau Mules mudah; dari Ruteng, Manggarai, pengunjung boleh menaiki perahu kecil selama 30 hingga 35 minit dari Pantai Dintor.

Pulau Mules: Syurga Tersembunyi yang Menanti Diterokai…

Dengan keindahan yang mirip pulau fiksyen Isla Nublar, Pulau Mules adalah destinasi yang sempurna untuk mereka yang menggemari alam semula jadi.

IKLAN

Panorama memukau dan penduduk yang ramah menjadikan pulau ini wajib dikunjungi bagi sesiapa yang mencari kelainan di Indonesia.

Ohmedia pulau jurassic park pulau mules

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Koran Jakarta


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Travel

Ke Atas