Connect with us

Oh! Media

Nak Bercuti Ke Harbin? Jom Lawat 4 Tempat Menarik Di Sana

Oh! Travel

Nak Bercuti Ke Harbin? Jom Lawat 4 Tempat Menarik Di Sana

Harbin adalah satu bandar yang terletak di China dan memang menjadi tumpuan pelancong lagi-lagi pada musim sejuk. Untuk pengetahun, suhu di bandar ini juga boleh mencecah sehingga -30°C yang menjadikannya bandar tersejuk di dunia.

ADVERTISEMENT

BACA: Tak Tahu Nak Kemana Di Sapporo, Hokkaido? Ini 5 Tempat Menarik Yang Anda Boleh Lawati

Mesti korang teruja nak bercuti dan main salji ke harbin kan? Jom kami kongsikan antara tempat menarik yang ada di Harbin, China.

Sun Island

Pulau ini juga merupakan salah satu tempat tarikan pelancong di Harbin, yang terletak kira-kira 2.6km ke timur Ice and Snow World.

Disebabkan Harbin adalah kota yang paling sejuk di dunia, kat sini juga ada pameran ukiran salji (Ekspo Seni Arca Salji Antarabangasa Harbin) yang menampilkan ukiran salji dari artis dari seluruh dunia.

Korang yang datang di sini wajib ambil gambar banyak-banyak sebab ukiran yang dipamerkan sangat menakjubkan tau! Pulau ini juga terkenal pada musim-musim lain juga kerana sesuai untuk aktiviti berbasikal dan juga bekelah.

Zhongyang Pedestrian Street

Merupakan jalan popular bagi pejalan kaki kerana terdapat bangunan lama dengan gaya Eropah dan yang lagi menarik, anda akan rasa macam jalan di Rusia!

Bukan setakat seni bina yang menarik je ada, kat sini juga ada restoran, kedai aiskrim dan kedai cenderamata yang menjual barang-barang dari Rusia.

Buat yang tak tahu, Harbin terletak di sempadan Rusia. Kalau korang pergi time musim salji, jalan ini akan dipenuhi dengan arca ais.

China Snow Town (lokasi untuk TV & filem cina)

Buat yang suka tonton drama bersejarah China, sinilah tempat untuk korang! Di sini korang boleh tengok ciri-ciri perkampungan cina yang berada di Timur Laut China.

Bandar ini juga dikenal sebagai a magical world of ice and snow yang berada di Mudanjiang City, kira-kira 280 KM dari tenggara bandar Harbin.

Lagi menarik, musim sejuk di sini sehingga bulan April tahun depan. Tempoh musim salji yang panjang menjadikan tempat ini salah satu tempat hangat untuk menikmati pemandangan salji.

Taman Harimau Siberia

Buat pencinta harimau, korang wajib lawat tempat ini! Taman Harimau Siberia ini telah diwujudkan sejak tahun 1996 dan menempatkan kira-kira 800 ekor spesies harimau liar ini.

Di sini korang boleh nikmati pengalaman dikejar harimau tau, tapi jangan risau sebab aktiviti ini dibawah perlindungan kakitangan pihak taman ini. Best gila!

Taman ini berada di dalam Sun Island jadi, korang tak perlulah keluarkan duit untuk pengangkutan.

Wah menarik juga ye melancong di Harbin, China ni. Macam macam tempat menarik yang korang boleh lawati.

Kredit: China Discovery

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...

Lagi dalam kategori Oh! Travel

Ke Atas