Connect with us

Oh! Media

Bayi Yana Samsudin

Oh! Artis

Bayi Lelaki Yana Samsudin Suka Garu Leher Sampai Berdarah

Pelakon, Yana Samsudin meluahkan rasa bimbang terhadap bayi lelakinya yang berusia 6 bulan mengalami masalah kulit. Kesiannya!

Menerusi Instagram, Yana ada memuat naik satu video menunjukkan anaknya itu menggaru lehernya sehingga menjadi luks dan berdarah. Allahu.

IKLAN

Bukan tu jer, pelakon itu juga dedah sudah cuba pelbagai krim gatal tapi tetap tidak berkesan. Anaknya juga dikatakan bukan mengalami masalah eczema.

Ya Allah, digarunya leher sampai luka macam ini. Kuku dah kerap potong tapi jadi juga, tapi bukan eczema tau.

Krim leher gatal dah macam-macam dah. Aveeno, Ceradan, Bepanthen semua dah cuba tak ngam dengan Hakeem, anak korang penah jadi macam ini tak?

Kalau korang tengok ruangan komen, ada segelintir netizen berkata yang mereka juga berdepan situasi sama selain berkongsi tips kepada pelakon itu.

Kredit: Instagram Yana Samsudin

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas