Oh! Artis
Nabil Ahmad Akhirnya Perjelas Video Dirinya Tak Tutup Aurat Yang Tular
Baru-baru ini tular satu video menunjukkan pelawak dan pengacara, Nabil Ahmad yang mempromosikan sebuah pusat kecergasan tapi tidak menutup aurat telah mengundang perhatian netizen.
Terbaru! Menurut laporan Harian Metro, Nabil tampil menjelaskan kepada pihak yang mempersoalkan penampilannya itu bahawa video iklan itu adalah video lama.
Saya tak tahu langsung video itu ‘keluar’ semula di TikTok. Itu video lama saya. Dulu, semasa zaman jahiliah kot.
Zaman saya rajin ke gimnasium dulu. Saya pun tak perasan mereka kongsi semula iklan itu.
Bukan tu jer, Nabil juga berkata yang video tersebut telah dirakam beberapa tahun lalu dan dia pun sudah lama tidak pergi ke pusat kecergasan itu.
Memang dah lama sangat saya tak ke situ, dah bertahun-tahun dah. Kalau tak salah, penggambaran iklan itu pun dah lama. Mungkin sebelum pandemik Covid-19 lagi. Sebelum PKP (Perintah Kawalan Pergerakan).
Kredit: Harian Metro
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27
OH! MEDIA 08/05/2026 8:30 PM